09 October, 2009

7) dUNIA ARtiS

SaLam seMua...



“Jangan fitnah saya. Saya ni bukanlah
sejahil dan sesesat itu.”

Demikianlah reaksi tegas pelakon veteran,
Norlia Ghani, 61, sambil beristighfar dan
menafikan dia artis veteran yang dikaitkan
sebagai pengikut ajaran sesat Haji Kahar.

Dia yang dihubungi semalam terkejut apabila
diminta mengulas laporan muka depan
Harian Metro mengenai tindakan
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sedang
memburu seorang pelakon wanita veteran
yang dipercayai bersekongkol dengan ajaran
sesat dibawa Abdul Kahar Ahmad yang mengaku
dirinya ‘Rasul Melayu’.

Menurutnya, dia mengenali Abdul Kahar puluhan tahun
lalu ketika sama-sama menjalani penggambaran
sebuah drama, namun tidak pernah menghubungi
lelaki terbabit sejak penggambaran selesai.

“Saya pun tak ingat bila kami menjalani
penggambaran terbabit, namun ketika itu
Haji Kahar hanya berlakon sebagai pelakon tambahan
“Selepas itu, saya tak pernah berjumpa dengannya lagi
hinggalah berita dia ditahan terpampang di akhbar,”

“Saya sedih dituduh sebegini kerana
walaupun saya artis, itu tidak bermakna
saya tidak mempunyai pegangan agama langsung.

Malah, Norlia berharap orang ramai tidak cuba
mengeruhkan lagi keadaan, lebih-lebih lagi dia
kini sedang bersedih berikutan kematian anak lelakinya,
Edi Rizal Ramli, 32, baru-baru ini...

1 comment:

Anis Azalea said...

artis dan gosip, seperti aur dgn tebing