09 October, 2009

6) dUNIA ARtiS

SaLam seMua...



“I’m getting married in 10 days,”
umum Sharifah Sofea dengan selambanya.
Sofea memberitahu pengalaman merancang
perkahwinannya telah banyak mengajarnya untuk bertenang.

“Lagipun, semuanya sudah diuruskan keluarga
dari kedua belah pihak". Saya hanya menghitung hari, s
ambil menghabiskan masa memanjakan diri di spa.

Kalau tiga bulan lalu, tertekanlah juga sebab apa saya nak,
ibu bapa kami nakkan yang lain.
Akhirnya, semua yang saya rancangkan diubah.

“Selepas ni, bila anak-anak saya nak berkahwin,
saya serahkan semuanya pada mereka untuk
putuskan sebab saya tahu perasaannya.

Akad nikah akan diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan
sementara resepsi di Hotel Concorde.
Awalnya, Sofea merancang untuk mengadakan
‘rooftop garden wedding’, gabungan ide tunang dan dirinya.

“Datang pula pakciknya yang mencadangkan untuk
mengadakan resepsi di ballroom hotelnya.
Dari ‘rooftop garden wedding’ dah menjadi ‘
hotel wedding’,” keluh Sofea sambil tersenyum.

“Tapi saya memang tak bersetuju
bila mereka nak adakan ‘belly dancing’
di majlis resepsi, sebab tunang saya ada
campuran Palestin.
Nasib baik mereka batalkan ide itu,

Tambahnya yang akan mengenakan baju rekaan
Amir Luqman pada malam itu, sepasang baju kebaya
ala 1920/1930-an yang belum sempat lagi dia pergi ‘fitting’.

Tema warna majlis (merah, biru dan putih),
rekaan kad perkahwinan, hiasan pelamin dan
hantaran adalah ide-nya sendiri.

“Sebenarnya, ada lagi benda yang mereka
nak tukar tu walaupun cuma tinggal 10 hari saja lagi.
Yang membuatkan saya ‘stress’ sekarang ni
ialah bila memikirkan jumlah tetamu yang bakal
hadir di resepsi nanti. Bimbang juga jika saya
menjemput terlalu ramai orang padahal tempat tu
hanya boleh memuatkan 550 orang.
Harap-harap semuanya okay.”

Akibat urusan kerja, tunangnya, seorang
ahli perniagaan berusia 30 tahun,
tidak dapat melibatkan diri dalam perancangan
majlis perkahwinannya sendiri kerana sering ‘oustation’.
“Lepas tu, dua minggu sebelum kita nak berkahwin,
baru dia nak cadangkan buat ni, buat tu.

Marahlah juga pada dia tetapi walau apapun
perselisihan kami, di penghujung hari,
we'll hold hands dan saling meminta maaf,”
kata anak kelahiran Liverpool, England ini.

Saling mengenali sejak usia Sofea 14 tahun lagi,
mereka hanya mula berkasih dua setengah tahun lepas.
“Masa remaja tu tak terpikat langsung pun pada dia
sebab dia gemuk,” ujarnya sambil ketawa.

“Mula-mula kenal, dia seorang yang agak
egois, suka bercakap besar …
Tapi bila dah lama berkawan,
jika saya merasa dia dah keterlaluan, saya hentam saja.
But he’s 'rebellious', berdikari, mampu melakukan
banyak perkara, berpotensi sebagai seorang
teman hidup dan rakan.

Sofea yang merancang untuk berbulan madu
di Maldives dan sebuah tempat bersalji
(“Sebab sejuk, dapatlah saya peluk dia selalu,”
selorohnya). OPPsss!!

2 comments:

Anis Azalea said...

getting married waving...hehehehe...

Mimy Hamid said...

dah nak kawennn...