13 October, 2009

10) dUNIA ARtiS - Sherry Ibrahim & Ashraf Muslim

SaLam seMua...



BAIK Sherry Ibrahim, 26, mahupun Ashraf Muslim, 28,
kedua-duanya boleh dikatakan sebagai pasangan
pelakon yang berpisah secara baik..
Selepas masing-masing bercinta selama lebih dua tahun.
Tiada perasaan untuk mengungkit kisah cinta antara
satu sama lain sebaliknya hanya berserah kepada
takdir Tuhan yang sememangnya mereka tidak ada
jodoh untuk sampai ke jinjang pelamin.
Namun begitu, pasangan bekas kekasih ini masih lagi
berhubung antara satu sama lain dan cukuplah
lebih selesa menjalinkan hubungan sebagai kawan.
Begitu juga dengan Ashraf, 28, walaupun perpisahan
mereka telah berlalu sejak lebih tiga bulan lalu,
dia akui dirinya masih menyayangi bekas kekasihnya itu.
“Kadangkala diri kita tidak sempurna,
jadi masing-masing buat keputusan untuk berpisah
secara baik. Kami kena redha kerana cinta tidak
boleh dipaksa.
“Memang saya masih menyayanginya tetapi
nak buat macamana kerana itu sahaja jalan
penyelesaiannya.“
Bagaimanapun, kami masih berkawan dan baik
dengan keluarga antara satu sama lain cuma
tidak serapat dulu,”
Katanya yang baru pulang dari mengerjakan umrah
semasa Hari Raya baru-baru ini.

2 comments:

Mimy Hamid said...

diorang ni sepadan tau...shweet je..manatau ada jodoh pasni

hajarmarlina said...

umrah tu..hiliteee