30 April, 2009

17) cAcA teLah Tiada Lagi...

SaLam seMua..

Sebelum kejadian itu...

Aku lihat CaCa & CiCi bermain seperti biasa.... Tapi.. aku dapati CaCa seperti lemah.
Aku cuba usik2 Caca. Tapi dia seolah2 xmelawan. Dia hanya bergerak sedikit sahaja..

Selalu.. dia akan berlari kesana kesini.. aku menjadi hairan..

Sebelum ni... Aku dapati Caca nii memang.. kuat makan!!.
Klu dia.. makan bersungguh sungguh berbanding dengan Cici.
- Kadang2 aku dapati dia sampai "duduk dalam bekas" tempat makanan tu..
Sampai mcm tu sekali....!!

Lepas mkn.. jangan ckp lah uk uk dia...Dah tu.. bila Caca dan kekenyangan.. dia dah jadi malas nak terbang!! Nak terbang ke ranting kayu pun dah xlarat!! Dia main kat kawasan bawah sahaja...

Yang sedihnyer... :(

Smlm biler aku terpandang mereka... Aku dapati Caca telah tersungkur & tersepit di bawah tempat air.. Sedihnyer....

Aku telah di tanam dia di belakang rumah aku...






- Tinggal CiCi sahaja.... :(

28 April, 2009

16) selsema VaVi


- Hai semua... i tengah selsema nii... sori yer sbb kasi korang demam jugak!!

Comel kan binatang kat atas ni...??
- heh!! dengan lobang idung yg besar cam tu... klu xkena selsema xsah lah kan...??!!!
- Tengok jari kuku dia yg KUNING tuh....!!! 2 jari pun xleh nak jaga!! Kita 5 jari leh jaga tau...!!


- n3 kali ni nak ajak kwn2 semua... berhati2 & menjaga kesihatan bersama2....




- apa kata anda tentang binatang yang bernama khinzir ini....???

25 April, 2009

15) mARi berPantun....

saLAm SemUa...

Kali ni mari kiter berpantu kawan2.....


Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya

Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara pun bukan
Hati tersangkut kerana budi

Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu

Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat



Haa........ tuuuu diaaa........!!!! hehe....

- Bahasa Melayu terkenal dengan pantun yang kaya dengan bahasa puitis dan bahasa yg penuh dgn maksud yg mendalam....
- Bertepatan dengan "Bahasa Jiwa Bangsa" ini dimana.... bahasa menunjukkan bangsa...!!
- Bahasa lain ader pantun ker???
- Atau ada pantun mereka yg perlu mencari..... Ada 2 baris pembayang dan 2 baris memberi maksud?
- Bahasa lain ada pantun yang belakang hurufnyer kena sama... klu hujung hurufnyer "A" semua kena huruf "A"??
- Pecah2 otak nak cari huruf2 yg seakan akan sama dengan pantas!! Macam maner org2 dulu contohnyer.... seperti zaman2 Hang Tuah, Mahsuri boleh yer...??
- Siapa lagi yg boleh menaikkan mertabat bahasa melayu??.... kalau bukan bangsa melayu itu sendiri...??

21 April, 2009

14) keNduri arWah di ruMah kU...

SaLam semUa....

Sabtu 18hb April 7 mlm...

Kenduri Arwah telah diadakan di rumahku... sungguh aku terharu mereka bersungguh sungguh menyediakan lauk pauk utk kenduri tersebut... Kami ada 12 org adik beradik semuanyer.. aku anak yg ker 10.
So kami berpakat 1 pameli sediakan 1 lauk... tak kira lauk aper asalkan yg termampu.

Masa tahlil aku xdapat nak amek gambor sbb masa tuh aku tengah baca yassin...
Ni semua pic lepas tahlil... dan time makan jer.....

Lepas tahlil kami bercerita kenangan2 semasa bersama sama dgn... arwah bondaku tercinta....

"Semoga allah memberkati apa yg kami lakukan ini " .... amin....

Dan semoga allah sampaikan... sedekahkan al-fatihah & bacaan yasin...
Kami ini... kpd arwah bonda, ayahda, kakak2 & arwah2 yg lain...

........AMIN.........











13) Kete aku masuk WAD

SalaM semua...

Hari jumaat hari tu.. aku & is3 nak pi pasar utk beli barang2 utk kenduri arwah. tiba2....
ekzos besi aku mengaum mcm bunyi motor bot...!! selepas terkena bumper!!!

Aku berhenti dan negok... "ekzos besi" aku mengigil gigil kat belakang kereta...
aku & is pun terus bawak ke klinik berdekatan... utk pastikan tiada aper yg lebih parah!! hehe..




- Rupernyer... ekzos besi ni memang dah lama berkarat kerana kene asid & hujan...
- Aku terlanggar bamper tu menjadikan penyebab sajer utk dia patah riuk mcm tu......
- Melayang RM70

12) CaCa & CiCi ada sarang baRu..HeHe

Salam semUa...

n3 kali ni simple jer... hehe... :)



17 April, 2009

11) JumAAt - piLiHaN anda??

Salam SEmua...

Klu korang di beri pilihan... korang nak jadi... semut, labah-labah atau lebah??

-Orang yang rajin bekerja akan memilih menjadi semut, sebab melambangkan kerajinan, iltizam, kerjasama, kesatuan, hidup bermasyarakat dan sentiasa aktif.
-Orang yang merasakan dirinya bijaksana akan memilih menjadi labah-labah sebab pada anggapannya labah-labah amat cerdik. Dia membina sarang sekali sahaja tetapi mampu duduk senang dan tetap mendapat makan selamanya.
-Manakala orang yang merasakan hidup perlu berjasa akan memilih menjadi lebah. Pada anggapannya lebah sangat rajin, cerdik, juga berkuasa. Sengatan lebah boleh mematikan.

Apakah pilihan korg?

Setiap sesuatu ada "kelebihan, keistimewaan dan kekuranganyer... "
Mengapa aku berkata begitu?

Sebabnya, ketiga-tiga binatang kecil ini disebut dalam Al-Quran, malah menjadi nama surah.
-Semut dari Surah An-Naml,
-Labah-labah dari Surah Al-Ankabut
-Lebah dari Surah An-Nahl.

Itu menunjukkan ketiga-tiga binatang kecil ini sangat istimewa DAN penting bagi menjadi contoh terbaik untuk umat manusia...

Namun, jika di suruh memilih satu sahaja dan soalan itu ditujukan kepada aku... akan menilai seperti berikut :-

(Semut)

- Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. - Belum pernah aku melihat seekor semut tbaring keletihan. - Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun stelah mati. - Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja. - Tahukah korg, semut boleh menghimpun makanan utk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama pun.. drpd bekalan makanan yang boleh dihimpunnya tu... - Motif kehidupan semut ialah menghimpun sebanyak-banyak makanan, seolah-olah dia tidak mati dan hidup selama-lamanya. - Alangkah tamaknya sang semut hingga kadangkala sanggup memikul sesuatu yang melebihi saiz badannya sendiri. - Sedangkan nyata dia sendiri tidak sanggup memakan makanan itu hingga selesai. - Dari segi... Psikologinya aku ingin menjadi mcm semut dengan alasan mahu bekerja keras tanpa memikirkan soal remeh-temeh dan politik-politik tertentu. - Namun aku tidak mahu mengambil sikap bodohnya. - Tahukah anda semut amat bodoh meski pun amat rajin? - Jika ada seekor semut terjumpa seketul gula misalnya... dia akan segera pulang memberitahu rakan2nya yg lain... - Lalu dia akan mengikut jalan yang sama yang digunakannya tadi.. sehingga seketul gula itu ditemuinya semula... - Dia dan rakan2 akan menggunakan laluan yang sama untuk kembali ke situ dan begitulah seterusnya hinggalah makanan itu di habiskan... - Kemudian seluruh suku sakat dan kaum kerabatnya akan mengikut laluan yang sama juga walaupun ada jalan pintas yang lebih dekat.


(Labah-Labah)

- Dalam ayat 41 Surah Al-Ankabut disebut tentang sarang labah-labah sebagai tempat yang paling rapuh. - Ia bukan tempat yang aman. - Apa pun yang berlindung di sana akan binasa. - Bahkan jantannya mengigit betinanya. - Telur-telurnya yang menetas sering dimusnahkan. - Aku juga akan mengambil sikap labah-labah yang smart itu. - Dia membina sarang dan duduk senang sepanjang masa. - Konsepnya seperti bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. - Susah membina sarang berbaloi untuk hidup senang. - Hidup memang perlu smart. Hanya orang smart akan dapat smart living melalui smart earning. - Kaedahnya seperti menanam pokok pisang. - Menanam sekali makan selamanya. - Samalah juga seperti menulis blog edisi JUMAAT ini.. menulis sekali tapi memunggut hasilnya sepanjang masa... amin...


(Lebah)

- Lebah memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur'an disebut, marhumnya, - "Atas perintah allah.. ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal.” [An-Nahl,16:68]. - Lebah membina sarang berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. - Makanannya suci, bersih dan istimewa daripada serbuk sari bunga. - Lebah tidak mengumpul makanan, sebaliknya menghasilkan lilin dan madu yang sangat bermanfaat kepada manusia. - Lebah sangat berdisiplin, mengenal pembahagiaan kerja, tidak cerewet, tidak letih melakukan kerjanya. - Demi kesucian dan manfaat sarang yang dibina, segala yang tidak berguna disingkirkan. - Hasilnya sarang lebah menjadi pusat pengumpulan madu. - Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. - Bahkan sengatannya pun di samping amat berbisa juga boleh menjadi ubat. - Dengan mengambil sikap lebah, tentunya saya mahu menjadi seseorang yang diperlukan masyarakat dengan memberikan sebanyak-banyak jasa. - Bijaknya lebah boleh membina sarang segi enam yang tepat ukurannya. - Tidak pernah kita lihat sarang lebah ada yang besar ada yang kecil. - Ia benar-benar seperti manusia yang pandai matematik dan sains atau seperti manusia yang lebih banyak menggunakan otak kirinya. - Meskipun hebat segala segi, lebah boleh menyerang balik jika terancam. - Sikap ini turut diperlukan sebab untuk membina kejayaan ada kalanya kita terpaksa bertindak untuk mengekalkan matlamat serta kedudukan daripada diganggu. - Apabila umat Islam mula diperangi maka ALLAH memerintahkan Nabi s.a.w. menyerang balik. - Maka hukum berperang dalam keadaan ini pun jelas...


Jadi, apakah pilihan aku? Namun, jika soalan yang asal ditanyakan lagi dan disuruh pilih satu sahaja, apakah pilihan yang terbaik?

Semut - menghimpun harta.
Labah2 - pula ingin hidup senang atas kesusahan orang lain.
Manakala lebah - berkhidmat kepada pihak lain.

Maka, pilihan yang terbaik ialah lebah... -Lantaran Nabi s.a.w. pernah mengibaratkan seorang Mukmin itu sebagai lebah. -Tidak makan kecuali yang baik-baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat -Dan jika menimpa sesuatu tidak merusak dan tidak pula memecahkannya."

Itulah dia..... LEBAH. bIZZZZZ...... hehehe...

15 April, 2009

10) aRWah iBu teRCinta... suDah 40 hARi

Salam SeMUa...

N3 aku kali mungkin korang akan kata aku ni... emo. Tp inilah.. yg aku hadapi sekarang...
Mungkin sebelum ni... aku tak hirau dengan cerita org tentang roh selepas 40 hari..
Tapi... biler kene kat batang hidung aku sendiri... baru aku paham....

- Pada hari itu aku bangun seperti biasa... dan seperti biasa aku akan pandang ke arah bilik arwah..
- 1 perasaan yg lain benar aku rasai pd hari itu.. apabiler aku terpandang bilik arwah...
- Sebelum ini.. aku merasakan rohnyer.. seperti, masih ada lagi berehat di dlm biliknyer...
- Tp... kali ni... apabile aku pandang ke arah bilik arwah aku merasakan sesuatu perasaan yg aneh... 1 perasaan seperti bilik itu telah lama di kosongkan.. tilam & bantal seperti telah lama tidak di gunakan lagi..
- Aku cuba betul2kan katil & tilam serta cada arwah.. Mungkin susunannyer yg tidak di atur dengan betul dan seperti biasa kot...
- "Apa yg tak keneyer.. bilik ni yea..." ati kecilku berkata.
- "Mungkin susunan bantal ni xbetul kot..." tp bile aku kemas2kan seperti biasa... masih xsama jugaa!!
- 1 perasaan yg aneh sgt...
- 1 perasaan yg mengatakan arwah kali ni benar2 tidak ada di dlm biliknyer....
- 1 perasaan yg mengatakan arwah telah meninggalkan kami buat selama2nyer...
- Aku tidak pula merasa sedih pd masa itu....
- Mungkin ada benarnyer...
- 40 hari yg diberikan itu... sebenarnyer mengajar kita supaya lebih bersedia dari segi "Fizikal & Mental" utk menghadapi kenyataan yg sebenar2nyer...

" Ya allah ya tuhan ku... Aku terima ketentuan mu ini dengan hati yg rela......"



" al-fatihah... "

11 April, 2009

9) hOBi bARu....

Salam semUa....

- Hari jumaat hari tu... aku singgah pasar pudu... plan nak beli sesuatu... sebelum amek is3 aku kat Jln Duta pd pukul 3.30.
- kat pudu masa aku rayau2 tu.. aku nak beli sesuatu.... nak tau aper...?? tunggu.......!!!! hehe...
- Lepas aku beli benda tu... aku pi sbyg jumaat... benda ni taruk dlm kete..hehe
- Lepas amek is3 aku kat jln duta. Kami plan nak ke rumah kakak aku di sg buloh plak...hehe..
- Kami ikut terowong tol penchala.
- Benda ni pun ikut kami ker sana....
- Nak tau aper benda tu.........?????






( dua ekor burung.....!!! deyy...!! bukan 2 org budak tuh la...hehe... )



( kuning - aku nak makan la lapor....!! )



( hijau - aku plak!! )



( Ni nama dia - CaCA aka jantan)



( ni nama dia - Cici aka betina )



( hai semua.......!!! )



( kami baru lepas mandi......!!! )



( Berdua denganmu..... adalah lebih baik...!!! lagu acha septriasa...hehe.. )

08 April, 2009

8) HanTar Is3 ku kE MeLaKa

Salam Semua....

Hari ni aku pi antor is3 tersyg pi Melaka... di temani oleh kakak tsyg... ( Kak Piah )

- Sebelum kami masuk antor dia... kat dlm hotel tempat dia khusus tuh kami

" sempat lagik pekena "





( Yammy....!!! asam pedassssss Melaka.......!!! )



( sebelum masuk otel sempat lagi abadikan beberapa pose.... )



( hehehe.....)
- Lepas antar is3 aku & kak piah singgah umah kakak aku sorg lagi kat Melaka.
- Yg kat bawah ni... anak bonsu dia yg kerek.... "Nabil"
- Aku menyakat dia...aku kata...
- " Nabil.. pcik amek patung oteramen nih.. pcik nak bawak balik tau...!!"
- tau aper dia kata...... " tu... arbil yg punyer.....!!"
- aku kata " xpeduli.. pcik nak jugakkk....!!!
- Lepas tu... dia " buat muka nii..." kat aku.....hehehe....


( Buat muka kerek..... )

07 April, 2009

7) IkAn kELi di LEpas peRGi... uWaaa...!!

Salam SEmUa....

Lebih kurang pukul 8.30mlm tadi.. aku & is3 telah melepaskan
" ikan Keli " kesygan kami ke habitat asalnyer... Kami lepaskan ia di tasik permaisuri cheras. sedihnyer..... :(






( berat hatiku melepaskan dikau pergi.... )


( semoga dikau berjasa kpd negara & tanah air.... )


( daku pasrah akhirnyer..... )




- di sebabkan terlalu keciwe...
- Kami pun pi la.. jln2 membawa hati yg lara....
- Kami terlalu dahaga... nak pi cari air. Xsangka berjln2 waktu mlm di tasik ni...
- Amat memenatkan...
- Tambahan plak xder lampu yg terang utk kami mencari jln keluar....
- Waktu plak baru jer... lepas hujan..
- Jalan kat citu plak semuanyer basah & licin!!
- Semasa kami mencari jln keluar ker tempat letak kereta tu...
- Apa lagik.. kami pun sekodeng la pasang2 yg dok berdua2 dlm gelap tu...
- dan akhirnyer kami berhasrat memcari mkn sampingan utk pengubat " duka lara "
- Akhirnyer kami berjumpa penjual makanan ini............................







( sengKUANG.........!!!! seDAAPPPNyerrr........!!!! ) hEhEhE...






p/s : ESok is3ku berkhusus di Melaka selama 3 hari...
So aku idup membujang ler.... la.. la... la... la.... hehehe.....


06 April, 2009

6) Teka beday saper...??

Salam SeMua....

Teka beday saper kali ni aku nak buat...??? hehehe....



Kali ini aku n kak yah nak buat satu kezutan beday utk abg aku ( Ahmad Ashaidi ) yg ke 44 thn..
- mesti dia terperajat giler kami buat kezutan ini...hehehe....
- Kami pun tunggu la dia balik dr keje... hehe...
- anak saudara panggil dia dg panggilan Pak Tam.. hehe..








Dia pun balik keje... kami pun menyorok dan....... Happy Beday......!!!







Gambor n bingkai ni... aku hadiah pada dia.....
:)