17 April, 2009

11) JumAAt - piLiHaN anda??

Salam SEmua...

Klu korang di beri pilihan... korang nak jadi... semut, labah-labah atau lebah??

-Orang yang rajin bekerja akan memilih menjadi semut, sebab melambangkan kerajinan, iltizam, kerjasama, kesatuan, hidup bermasyarakat dan sentiasa aktif.
-Orang yang merasakan dirinya bijaksana akan memilih menjadi labah-labah sebab pada anggapannya labah-labah amat cerdik. Dia membina sarang sekali sahaja tetapi mampu duduk senang dan tetap mendapat makan selamanya.
-Manakala orang yang merasakan hidup perlu berjasa akan memilih menjadi lebah. Pada anggapannya lebah sangat rajin, cerdik, juga berkuasa. Sengatan lebah boleh mematikan.

Apakah pilihan korg?

Setiap sesuatu ada "kelebihan, keistimewaan dan kekuranganyer... "
Mengapa aku berkata begitu?

Sebabnya, ketiga-tiga binatang kecil ini disebut dalam Al-Quran, malah menjadi nama surah.
-Semut dari Surah An-Naml,
-Labah-labah dari Surah Al-Ankabut
-Lebah dari Surah An-Nahl.

Itu menunjukkan ketiga-tiga binatang kecil ini sangat istimewa DAN penting bagi menjadi contoh terbaik untuk umat manusia...

Namun, jika di suruh memilih satu sahaja dan soalan itu ditujukan kepada aku... akan menilai seperti berikut :-

(Semut)

- Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. - Belum pernah aku melihat seekor semut tbaring keletihan. - Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun stelah mati. - Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja. - Tahukah korg, semut boleh menghimpun makanan utk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama pun.. drpd bekalan makanan yang boleh dihimpunnya tu... - Motif kehidupan semut ialah menghimpun sebanyak-banyak makanan, seolah-olah dia tidak mati dan hidup selama-lamanya. - Alangkah tamaknya sang semut hingga kadangkala sanggup memikul sesuatu yang melebihi saiz badannya sendiri. - Sedangkan nyata dia sendiri tidak sanggup memakan makanan itu hingga selesai. - Dari segi... Psikologinya aku ingin menjadi mcm semut dengan alasan mahu bekerja keras tanpa memikirkan soal remeh-temeh dan politik-politik tertentu. - Namun aku tidak mahu mengambil sikap bodohnya. - Tahukah anda semut amat bodoh meski pun amat rajin? - Jika ada seekor semut terjumpa seketul gula misalnya... dia akan segera pulang memberitahu rakan2nya yg lain... - Lalu dia akan mengikut jalan yang sama yang digunakannya tadi.. sehingga seketul gula itu ditemuinya semula... - Dia dan rakan2 akan menggunakan laluan yang sama untuk kembali ke situ dan begitulah seterusnya hinggalah makanan itu di habiskan... - Kemudian seluruh suku sakat dan kaum kerabatnya akan mengikut laluan yang sama juga walaupun ada jalan pintas yang lebih dekat.


(Labah-Labah)

- Dalam ayat 41 Surah Al-Ankabut disebut tentang sarang labah-labah sebagai tempat yang paling rapuh. - Ia bukan tempat yang aman. - Apa pun yang berlindung di sana akan binasa. - Bahkan jantannya mengigit betinanya. - Telur-telurnya yang menetas sering dimusnahkan. - Aku juga akan mengambil sikap labah-labah yang smart itu. - Dia membina sarang dan duduk senang sepanjang masa. - Konsepnya seperti bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. - Susah membina sarang berbaloi untuk hidup senang. - Hidup memang perlu smart. Hanya orang smart akan dapat smart living melalui smart earning. - Kaedahnya seperti menanam pokok pisang. - Menanam sekali makan selamanya. - Samalah juga seperti menulis blog edisi JUMAAT ini.. menulis sekali tapi memunggut hasilnya sepanjang masa... amin...


(Lebah)

- Lebah memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur'an disebut, marhumnya, - "Atas perintah allah.. ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal.” [An-Nahl,16:68]. - Lebah membina sarang berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. - Makanannya suci, bersih dan istimewa daripada serbuk sari bunga. - Lebah tidak mengumpul makanan, sebaliknya menghasilkan lilin dan madu yang sangat bermanfaat kepada manusia. - Lebah sangat berdisiplin, mengenal pembahagiaan kerja, tidak cerewet, tidak letih melakukan kerjanya. - Demi kesucian dan manfaat sarang yang dibina, segala yang tidak berguna disingkirkan. - Hasilnya sarang lebah menjadi pusat pengumpulan madu. - Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. - Bahkan sengatannya pun di samping amat berbisa juga boleh menjadi ubat. - Dengan mengambil sikap lebah, tentunya saya mahu menjadi seseorang yang diperlukan masyarakat dengan memberikan sebanyak-banyak jasa. - Bijaknya lebah boleh membina sarang segi enam yang tepat ukurannya. - Tidak pernah kita lihat sarang lebah ada yang besar ada yang kecil. - Ia benar-benar seperti manusia yang pandai matematik dan sains atau seperti manusia yang lebih banyak menggunakan otak kirinya. - Meskipun hebat segala segi, lebah boleh menyerang balik jika terancam. - Sikap ini turut diperlukan sebab untuk membina kejayaan ada kalanya kita terpaksa bertindak untuk mengekalkan matlamat serta kedudukan daripada diganggu. - Apabila umat Islam mula diperangi maka ALLAH memerintahkan Nabi s.a.w. menyerang balik. - Maka hukum berperang dalam keadaan ini pun jelas...


Jadi, apakah pilihan aku? Namun, jika soalan yang asal ditanyakan lagi dan disuruh pilih satu sahaja, apakah pilihan yang terbaik?

Semut - menghimpun harta.
Labah2 - pula ingin hidup senang atas kesusahan orang lain.
Manakala lebah - berkhidmat kepada pihak lain.

Maka, pilihan yang terbaik ialah lebah... -Lantaran Nabi s.a.w. pernah mengibaratkan seorang Mukmin itu sebagai lebah. -Tidak makan kecuali yang baik-baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat -Dan jika menimpa sesuatu tidak merusak dan tidak pula memecahkannya."

Itulah dia..... LEBAH. bIZZZZZ...... hehehe...

5 comments:

Shitsurei Shimashita said...

saya nak jadi hornets~~~hehehehe...apa kabar saudara?

tadi best sgt khutbah jumaat kat tempat saya. lama tak berlaku gitu.

chemistry_lady said...

ooo mcm tu yer.. so apa pilihan anda??

B I E Y said...

sy amt tetrk dgn n3 ini dan mdorong sy utk bekate lbh dr bese...

wawa memilih utk mjd semut n dlm mse yg mse juge ingn mjd sprti lebah...

ape yg pntg..

kte hrus bijak ngato hdp..
dan jge "kje sme" sprti mane tgline "wonderpets" tuh..
hehe

pd pndpt sy,

karakter semut dan lebah itu ade kaitannye..

jika kte anye memilih utk mjd lebah je pun ssh gak..

smpi ble kte nk bekhidmat utk owg len..
mmg sgguh mulia pkrjaan itu..

tp ape pule baik nye pd kte selain pahala yg belipat ganda stlh bekhidmat pd owg itu?

kte juge perlu mjd semut..
rjn berusaha mgumpul aset dgn kudrat yg dkurniakan..demi ksngn sndri..

ksmpulan yg dpt kte smpulkan dsni adela..

kte perlu kedua2 karakter ini demi kesejahteraan hdp yg harmoni dan sempurna..

smoge kte mgecapi sglnye dgn mudah..amin..

tHEoNeANDoNLy said...

shitsurei shimashita - kaba baik.. awk aper kaba?? :) ha citer pasal aper.. khutbah jumaat kat tempat awk td..??

biey - wah! panjangnyer.. wakil sekolah khutbah jumaat belah pompuan ker..?? hehe..

tHEoNeANDoNLy said...

aja - saya pilih lebah..!!! bzzzz...