02 April, 2009

2) ciCak

Salam SeMua....

Aku baru sahaje menjadi pembunuh kpd sekor cicak besar tadi...
Dia masuk ke dlm rumah ku tanpa di undang... Jadi aku musnahkan dia di dlm muka bumi ini...
Kejam ker aku??

Sebelum aku bunuh dia tadi... aku rasa ada "hukum" tentang membunuh cicak nii...

Jadi apakah hukum membunuh cicak??

Ada mengatakan ia mendpt "pahala"

Banyak terdapat hadis tentang hukum membunuh cicak antaranya:-

1) Riwayat dari Ummu Syarik - "Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruhnya membunuh cicak"

2) Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya - "Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah" ( binatang kecil penyeleweng )

3) Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w - "Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan, dan membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama, dan membunuhnya dengan 3 pukulan, kebajikannya kurang dari yang kedua tadi...

- Ada pendapat menyatakan bahawa... cerita tentang cicak yang memberitahu orang2 Quraisy tentang adanya nabi Muhammad & Abu Bakar di dalam gua Thur semasa hijrah. ( so binatang ini digelar binatang kecil peyeleweng ). Terdapat juga burung merpati & labah2 di dlm gua tersebut. Tetapi mereka merahsiakan kehadiran nabi Muhammad di dlm gua itu.

- Kwn2 boleh rujuk hadis ini dalam Sahih Muslim dalam "Kitab Qatlul Haiyyat"

Ibnu Kathir meriwayatkan dalam kitabnya - "Al-Bidayah Wa Nihayah" bahawa nabi menyuruh membunuh cicak kerana... semasa nabi Ibrahim Alaihissalam dibakar. Semua binatang cuba utk memadamkan api, sedangkan cicak menghembus utk memarakkan lagi api...

Jadi dari hadis diatas, maka jelas disini bahawa membunuh cicak adalah sunat hukumnya tetapi tidak dikaitkan dengan hari jumaat atau mana2 hari.

Note : di sebabkan atas kecederaan parah pd sang cicak... saya xdpt menunjukkan pic cicak tersebut.. maaf yer..

KOMEN ANDA....??

3 comments:

joegrimjow said...

mmg
sebab ada kisah yang cicak ni ganggu masa smbahyang
so, kire dpt pahala r

tHEoNeANDoNLy said...

yer ker joe.. yg tu mud xtau plak..

chemistry_lady said...

dh ada label??? wahhhhh!!!!

ps: itu plak msg yg aku dpt... he he..