31 October, 2009

20) Adik arwah emak aku ( aYah cU )

SaLam semUa...



Pacik aku.. ayah chu, (Haji Mohd Kassim Bin Salleh)
telah di masukkkan ke IJN semalam.
Kerana ada masalah jantung.

Doakan dier agar cepat sembuh yer kawan2...
AMIN.....

27 October, 2009

19) dUNIA ARtiS - Linda Jasmine & Que Haidar

SaLam semUa...



Koreografer Linda Jasmine telah selamat melahirkan
bayi perempuan, Tengku Ratu Haidar,
pada pukul 2 petang semalam di
hospital Gleaneagles, Ampang.

Isteri kepada pelakon Que Haidar ini melahirkan
Ratu secara pembedahan. Que yang dihubungi
melahirkan rasa bersyukur dengan kelahiran
bayi seberat 3 kg itu."Semasa menemaninya bersalin,
perasaan saya bercampur-baur...gembira, tak sabar,
teruja serta takut.

"Walaupun saya takut dengan darah, saya kuatkan
juga semangat untuk terus berada di situ sampai
Linda selesai bersalin."Alhamdulillah, semuanya selamat.
Cuma Linda kurang sihat dan demam selepas bersalin
kesan daripada pembedahan tersebut kerana dia alah
pada ubat-ubatan," katanya

Ratu bayi pertama hasil perkahwinan Que dan Linda
manakala linda sebelum ini turut mempunyai seorang anak,
Qalif Khan hasil perkahwinan pertamanya dulu.

Buat masa ini, Que berkata dia dan Linda belum
bersedia untuk menunjukkan wajah bayi mereka
di media massa, namun tidak menghalang pihak
media yang ingin melawat Linda dan bayi mereka.

25 October, 2009

18) TaugeH

SaLam seMUa...

Mesti ramai suka makan taugeh kan..?
Nak pulak campur dlm char kuey teow..
hmmm rangupnyer...
Tapi.. nak beli taugeh tu kene buat eksperimen dulu..
beli sket, jgn makan dulu sebaliknya simpan dulu utk 3 hari.
Pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane??
Dan kalau boleh.. jgn beli taugeh yg kaler putih berseri tu.
kepututsan yg mungkin boleh didapati...
Lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam.
bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing.
dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putih berseri.
kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang aje.
Kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta
kurang rangup, sebabnya langsung tak guna urine
sebagai baja.
Info ni aku dapat dari kawan aku yg
keja dier berkaitan dgn benda2 nih..
mereka yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanaman taugeh
dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip.
Siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utk disiram
pada pokok2 taugeh tu. Dan kenapa taugeh nih jadik mangsa?
Sebabnya taugeh ni.. jenis pokok menyimpan air siraman
bulat2 terus dlmbatangnya. Tak spt sayuran lain iaitu sayuran2,
berdaun hijau yg mengalami fotosintesis.
Semasa proses penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya
air siraman masuk ke tanah dulu barulah akar menyerap
dan proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat2 dari baja.
Tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab
pertumbuhan tumbesaran bukan secara fotosintesis.
Tu sbbnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia
wangiiiiiii semacham...
Jadi... bagi tau la kat sedara mara,
kengkawan pasal nak mengenal taugeh2 yg hanching dgn
taugeh2 bumiputera okayy..
Tu belum aku citer pasal sayur sayuran deme yg segar bugar tuh..
Takut jugak aku nak makan.. sayur sayuran..
dari cha ya nun alip nih..
Baik aku beli sayur, ayam dan lain2...
kat kedai PAK AJI yang berhampiran...
dah tentu halalnyer....

23 October, 2009

17) Ali Yakubov

SaLam SEmua....

MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara
menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul
dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov
iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan
di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan
amaran tuhan kepada semua penduduk Islam
di Rusia dan Dagestan.
Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah
Allah dan meninggalkan segala persengketaan,
mewujudkan keamanan sesama umat Islam
dan dengan jiran, membersihkan diri daripada
dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan
selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk
Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal
di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan
imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu
muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum
hilang dan digantikan dengan ayat baru.
Salah satu ayat itu bermaksud:
"Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul,
Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami
demam dengan kepanasan badannya tidak dapat
dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit
jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh
sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya.

22 October, 2009

16) menGEtahui taHap stREss

saLam seMua...

Kononyer..

Hasil interpretasi seseorang terhadap
gambar dibawah ini berhubungan dengan tingkat stressnya.

Bila makin cepat bergeraknya, makin stress lah anda.

Seorang guru mengatakan...
" saya merasa gambarnya bergerak tetapi perlahan,
seperti bernafas".

Gambar ini dipergunakan untuk mengetahui level stress
yang dapat ditangani seseorang.
Semakin perlahan pergerakan gambarnya,
semakin baik kemampuan seseorang mengatasi stress.

Seorang yg kronik stressnyer...
pernah di test dan mengatakan
gambar tersebut berputar sangat cepat.

Seorang usia lanjut dan anak-anak mengatakan
gambarnya tidak bergerak.

Gambar-gambar ini tidak ada yang animasi,
semua adalah gambar statis .

Selamat mencuba....!!!



20 October, 2009

15) PerCuTian - Cherating

SaLam SemUa...

Baru2 nih aku, is3 dan yg lain2 pi bercuti secara xsengaja...
sempena dewali ari tuh ker...
Cherating & Kemaman, Terengganu.

Saksikan lah gambor2 kami yang takjub & teruja..!!! hehe...

Selamat terhibur...!!! hehe... :)




Tiba2 ader org memukat ikan plak kat citu...


Kami berpakat ingin membuat satu aksi yg teruja...!!
Peduli lah org2 kat cituh...hehehe....




HEHEHEHE..... kih3x.... :P
Sekarang kami dah kembali normal.
Dan teruja utk amek gambor pose yg ala2
tenang & kedamaian plak...












Kak Yah beriadah....
Telor aper nih...??
Nih la tempat kami tinggal...

Kay yah pose bagai nak rak...!!
mentang2 lah Haikal xder...
Rehat & bercuti yang sebenar2nyer pd dier....




Dlm perjalan nak pulang,
kami singgah pula di...
Air Terjun Hutan Lipur
Sungai Pandan,
Kuantan.



Kami pun pulang dengan happy & masih teringat
lompat2 di tepi pantai Cherating... hehehe...

18 October, 2009

14) Tahniah..... abg zul.

SaLam seMUa...

Abang iparku...
Dekan Kapten (B) Zulkifly Bin Mat Radzi baru-baru ni...
telah di anugerahkan Profesor Madya oleh
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Saya berasa sungguh bangga..!!! :)

14 October, 2009

13) dUNIA ARtiS - Sehati Berdansa 3

sALAM SEmUA...


- Awal, Scha & Fahrin


- pengacara dan pelakon, Sazzy Falak dan Nazril Idrus
Persatuan Parkinson Malaysia


- pelakon Enot dan Zainul Abidin
Yayasan Paru-Paru Malaysia



- bekas pemain hoki kebangsaan Mirnawan Nawawi dan Noorah Mokhsin
Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan
- pelakon Didie Alias dan Nor Isham
Persatuan Epilepsi Malaysia

- penyanyi Syed Hussein (Sein Ruffedge) dan Noor Diyana
Persatuan Albinisma Kuala Lumpur dan Selangor

- pelakon Anita Baharom dan suaminya
Persatuan SLE Malaysia