08 October, 2009

3) dUNIA ARtiS



Menerusi laporan media Indonesia sebelum ini,
Kris yang pernah dikaitkan dengan beberapa nama
dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan
seorang ahli perniagaan dari Timor Leste.

Kris juga dikatakan sedang berada di Timor Leste,
saat Anang mengeluarkan kenyataan tentang perceraian ini.
Lebih mengecewakan Anang,
kecurangan si isteri itu berlaku di depan mata
anak-anaknya yang kemudiannya mengadu kepada Anang.

Antara yang didedahkan Anang,
mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak hampir sebulan lalu.
Malah, katanya, hasrat untuk bercerai juga akhirnya
datang daripada Kris sendiri.

Dan menerusi laporan laman web, detikHot.com,
Kris hari ini tampil berdepan dengan pihak media
menjelaskan tentang perceraiannya dengan Anang
yang hampir 13 tahun menjadi suaminya itu.

Kata Kris, dia ingin proses cerai itu diselesaikan dengan
cepat dan akan mendaftarkan cerai di Pengadilan Agama.

"Saya akan melayangkan permohonan cerai seminggu
selepas Aidilfitri nanti," kata Kris di kediamannya
di Radio Dalam, Jakarta Selatan, s

emalam setelah pulang dari Timor Leste.
Ujarnya, dia akan membuat permohonan itu
setelah sambutan lebaran kelak kerana ingin
menghormati hari kemenangan umat Islam itu.

Tambah Kris, dia mengambil keputusan untuk
berbicara tentang perceraian ini pada bulan
Ramadan setelah Anang tampil mengeluarkan
kenyataan kelmarin.

Kata adik kepada penyanyi Yuni Shara ini,
dia seboleh mungkin tidak mahu memanjangkan cerita
kerana tidak mahu timbul sebarang fitnah serta
salah sangka tentang kenyataan-kenyataan yang
dikeluarkan mereka.

"Saya hanya akan membacakan catatan hati
saya ini seminggu setelah hari lebaran nanti.
Pokoknya, saya ingin semuanya cepat dan tidak
ada ribut-ribut," katanya.

Hak penjagaan dua anak-anak mereka akan
dipegang oleh Anang, manakala sejumlah harta
bersama pasangan ini akan diberikan
kepada anak-anak mereka.

Dalam pada itu, ditanya tentang kewujudan
orang ketiga yang disebut-sebut menjadi
punca perceraian mereka iaitu jutawan
dari Timor Leste bernama Rahul Lemos,

ris menolak tegas tentang perkara itu.

"Hati-hati bila berbicara tentang nama
kerana ada pihak yang akan disakiti.
Saya dan beliau hanya teman biasa saja,"
katanya yang ditemani Yuni Shara pada
temubual itu.

Menurut KD, dia mengakui Rahul menjadi
penaja utama yang mengundangnya
mengadakan persembahan di sana.

"Betul, memang Rahul yang menaja dan
membawa saya ke Timor Leste.

Dan juga membawa Dian HP Production,
penari dan kru-kru lain," katanya.

Tambah Kris, kunjungannya ke sana adalah
sebagai tetamu negara, bukan sebagai tetamu
'peribadi' Rahul yang juga sudah mempunyai isteri.

"Saya di sana menjadi tetamu negara.
Empat hari di sana, saya selalu dikawal," ujarnya.

Kris bagaimanapun tidak mengulas lanjut
sejak bila dia mula mengenali Rahul.

Penyanyi tersohor ini juga menafikan pengakuan Martha,
isteri Rahul yang mengatakan suaminya
beberapa kali mengadakan jamuan makan malam
peribadi bersama Kris.

Kris akui sudah sebulan tidak bertemu dengan
anak-anaknya yang berada di bawah jagaan Anang.

Kris dan Anang sudah sebulan tidak tinggal sebumbung.
"Sudah sebulan saya tidak bertemu anak-anak,
walaupun kita tidak terpisah dengan jarak yang jauh.
Hati saya sedih berdepan semua ini,
nyawa saya seperti hilang," tuturnya.

Kata Kris, bukan hanya Anang yang membataskan
peluang untuk bertemu anak-anaknya, malah,
kedua-duanya juga tidak mahu bertemu dengan
ibu mereka sendiri.

Namun, kata Kris, dia tidak pernah menyimpan
perasaan marah mahupun dendam dan menganggap
apa yang berlaku adalah satu cubaan untuk dirinya.

Kali terakhir Kris mengetahui perkembangan
anak-anaknya adalah dari guru mereka
seminggu yang lalu.

"Saya berkomunikasi dengan guru mereka
dan kata guru Aurel, dia sudah datang haid.

Alhamdulillah, dia sudah menjadi perempuan dewasa,
ujar Kris dalam keadaan sebak...

Opsss..!!!! emak dier citer haid anak dier ker...????
kesian anak dier kan... ??
emak dier kantoiii kan anak dier...
Uwwwwaaaaa...!!!

3 comments:

chemistry_lady said...

ha ahla.. abis tu malu la anak dia dgn kawan2 skola dia nnt.. semua org tau.. malu la dia dgn dak2 laki dlm kelas.. eh, ada aku kesah ke? hehe

tHEoNeANDoNLy said...

hehehehahaha....

Anis Azalea said...

mak tak tanggungjawab...sebab tu lelaki kena tahu jugak feqah org perempuan sbb sekiranya berlaku perceraian, kematian..ha tak le gelabah si ayah nak jaga anak perempuan..