23 October, 2009

17) Ali Yakubov

SaLam SEmua....

MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara
menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul
dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov
iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan
di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan
amaran tuhan kepada semua penduduk Islam
di Rusia dan Dagestan.
Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah
Allah dan meninggalkan segala persengketaan,
mewujudkan keamanan sesama umat Islam
dan dengan jiran, membersihkan diri daripada
dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan
selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk
Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal
di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan
imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu
muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum
hilang dan digantikan dengan ayat baru.
Salah satu ayat itu bermaksud:
"Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul,
Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami
demam dengan kepanasan badannya tidak dapat
dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit
jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh
sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya.

1 comment:

hajarmarlina said...

comelnye bdk ni..ba ba cakk