08 October, 2009

4) dUNIA ARtiS

SaLam seMua....



Saya tidak nafikan memang pada asalnya
pihak pengurusan (KRU Studios) mahu saya
yang memegang watak Nik ‘Bionik’.

Tetapi setelah saya pergi ‘casting’ di TV3,
mereka tidak mahu saya berlakon kerana
mereka takut saya tidak boleh ‘deliver’ watak itu.

Saya terima alasan itu dan sama sekali tidak
berjauh hati. “Mungkin itu bukan rezeki saya.

Memanglah agak kecewa kerana tidak dapat
membawakan watak superhero,
tetapi setiap yang terjadi itu ada hikmahnya,”
ujar Adam yang ditemui ketika majlis Rumah
Terbuka Aidilfitri anjuran Persatuan Industri
Rakaman Malaysia (RIM) baru-baru ini.

Ditanya apakah hikmah disebalik kejadian itu?
Adam memberitahu selepas tidak berjaya
memegang watak Nik,

dia telah bekerjasama dengan sebuah syarikat
pdoduksi lain dengan menerbitkan telemovie
berjudul ‘Wira Malam’ yang disiarkan di saluran
Astro Ria pada 19 Jun lalu.

“Kalau saya sibuk berlakon dalam drama ‘Bionik’,
pasti saya tidak berkesempatan muncul dengan
telemovie ini. S

aya memang sudah lama teringin melakonkan
watak superhero yang dicipta oleh saya sendiri.
Lebih istimewa, saya diberi kepercayaan untuk
mengarahkan telemovie ini,” tambah Adam lagi.

Walaupun Adam menerima ‘penolakan’
dirinya sebagai satu perkara positif,
tetapi dalam masa yang sama insiden
tidak diterima sebagai pelakon utama itu seolah-olah
memberi tanda yang dia bukanlah seorang
pelakon yang baik.

Mengulas tentang pendapat tersebut,
Adam memberitahu yang dia tidak merasakan
bakat lakonannya diperlekehkan oleh pihak TV3,
tetapi dia percaya TV3 ada alasan yang lebih baik.

Bagi Adam, mungkin TV3 inginkan bakat baru untuk
dipertontonkan kepada penonton setia mereka.

Dalam perkembangan lain, penyanyi, komposer,
pelakon dan pengarah muda ini rupa-rupanya
sedang sibuk dengan pelbagai projek bagi memastikan
bisnesnya berkembang maju.

Pertama, telemovie ‘Wira Malam’ akan
difilemkan tidak lama lagi.

Sekarang ini, Adam sedang sibuk membuat
persiapan. Jika semuanya berjalan lancar,
filem ini akan memulakan penggambaran pada
tahun hadapan.

Kedua, Adam juga sibuk menguruskan
kerjaya artis naungan syarikatnya,
Aico Entertainment Zone iaitu Bad Boys.

Kumpulan ini baru sahaja melancarkan
tiga single terbaru mereka. Salah satu daripadanya
“Sayang Ku Janji” telah pun mula dimainkan
di stesen-stesen radio tempatan.

Selain itu, Adam juga akan muncul dengan
single terbaru berduet dengan Stacy AF.
Single berjudul “Menggegar Dunia”
ini merupakan hasil gubahan Edry Kru.

Menyentuh tentang perihal peribadinya,
Adam yang pernah digosipkan dengan
rakan seperjuangannya, Farah AF
ini mengakui yang dirinya sekarang ini
masih lagi sendiri.

“Buat masa ini saya masih tidak
mempunyai sesiapa.
Bukan tidak mahu bercinta,
tetapi kesibukkan saya membuatkan saya
tidak berkesempatan memikirkan
perkara-perkara lain.

Kalau sudah ada nanti, saya akan beritahu.”

1 comment:

Anis Azalea said...

positif...penting, sabar dan tawakal...