13 October, 2009

11) dUNIA ARtiS - Melissa Maureen dan suami

SaLam SeMua...



Melissa Maureen dirompak & dicabul.
Kejadian berlaku pada 2 Oktober lalu, jam 10 malam.
Pelakon Melissa Maureen dan suami, Malique (bekas ahli Too Phat)
bersama anak perempuan, Inca Medina, lima bulan,
didekati empat orang lelaki yang menaiki dua buah motosikal,
apabila sampai di rumah di Section 6, Kota Damansara.

Dua daripada lelaki itu membawa sebilah parang seorang.
Tidak puas dengan mengambil dompet, telefon bimbit,
rantai dan jam tangan mereka, dua dari perompak itu
mula mencabul Melissa.

Apabila Malique menolak tangan mereka,
kepalanya ditetak sebelum perompak-perompak itu
memecut pergi.

Dalam akhbar Malay Mail semalam, Melissa memberitahu
keadaan Malique dan anaknya sudah okay.
Walaupun kehilangan kira-kira RM5,000 dalam bentuk
wang tunai dan barangan, yang membuatkan
Melissa paling terkilan ialah apabila kes mereka seakan
tidak mendapat perhatian pihak polis.

Menurut Melissa, pihak polis hanya sampai di tempat
kejadian 45 minit selepas panggilan dibuat.
Selepas itu, disuruh Melissa dan suami ke balai polis
Kota Damansara untuk membuat laporan.

Di sana, pegawai polis bertugas dikatakan mengambil
masa satu jam untuk mengambil laporan mereka, s
ambil menonton TV dan dengan keadaan kepala
Malique yang berdarah.

Tambah Melissa, pegawai berkenaan gagal
memasukkan butir-butir seperti dirinya
dicabul serta nombor plat motosikal perompak.
Selepas itu, mereka diberikan nama seorang
inspektor dari cawangan Mutiara Damansara
untuk dihubungi tetapi tiada nombor telefon
yang diberikan.

Selang beberapa hari kemudian, apabila mereka
berjaya mendapatkan nombor inspektor berkenaan,
mereka dimaklumkan beliau sendiri bahawa dia sedang bercuti.

No comments: