13 October, 2009

12) dUNIA ARtiS - Ida Nerina

SaLam semUa..



Shahrin Razali, bekas pemain drum kumpulan Black Rose,
yang juga suami kepada aktres terkenal Ida Nerina, 45,
didakwa telah melafazkan cerai terhadap aktres
itu pada Hari Raya kedua baru-baru ini.

Ida Nerina Hussein kini sedang dirawat di PPUM,
setelah cedera teruk di tulang belakang akibat
terjatuh pada 21 Jun lalu di dalam rumahnya.

Episod penceraian itu dilaporkan berlaku akibat
pergaduhan yang tidak berkesudahan dan
berlanjutan sehingga suami Ida tidak mampu mengawal
amarahnya sehingga melafazkan cerai terhadapnya.

Menurut sumber yang boleh dipercayai itu lagi, selepas
Shahrin melafazkan cerai terhadap Ida, beliau telah keluar
meninggalkan rumah pelakon filem ‘Susuk’ itu."

Pada Jumaat lepas, suami Ida telah datang ke
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk
mengisi borang pengesahan lafaz cerai.
Namun begitu, dia belum memfailkan kes cerai itu lagi,"
kata sumber itu.

Dalam pada itu, Shahrin atau nama sebenarnya
Sha'arin Mohammed Razali ketika diminta mengesahkan
hal cerai itu bagaimanapun enggan ditemubual
dengan memberikan alasan sedang sibuk.
"Saya tengah sibuklah..,"

Ibu saudara Ida iaitu pengarah Rohani Yusoff
dalam nada marah-marah dan sinis enggan
mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Ida, aktres kelahiran Middlesex, England,
dan Shahrin telah berkahwin pada 2 Jun 2006.
Ini merupakan perkahwinan kedua bagi pasangan ini.
Pasangan ini tidak mempunyai anak manakala
Shahrin mempunyai dua orang anak iaitu
Narissa, 14, dan Arman, 8,
hasil perkahwinan pertamanya.

No comments: