27 October, 2009

19) dUNIA ARtiS - Linda Jasmine & Que Haidar

SaLam semUa...



Koreografer Linda Jasmine telah selamat melahirkan
bayi perempuan, Tengku Ratu Haidar,
pada pukul 2 petang semalam di
hospital Gleaneagles, Ampang.

Isteri kepada pelakon Que Haidar ini melahirkan
Ratu secara pembedahan. Que yang dihubungi
melahirkan rasa bersyukur dengan kelahiran
bayi seberat 3 kg itu."Semasa menemaninya bersalin,
perasaan saya bercampur-baur...gembira, tak sabar,
teruja serta takut.

"Walaupun saya takut dengan darah, saya kuatkan
juga semangat untuk terus berada di situ sampai
Linda selesai bersalin."Alhamdulillah, semuanya selamat.
Cuma Linda kurang sihat dan demam selepas bersalin
kesan daripada pembedahan tersebut kerana dia alah
pada ubat-ubatan," katanya

Ratu bayi pertama hasil perkahwinan Que dan Linda
manakala linda sebelum ini turut mempunyai seorang anak,
Qalif Khan hasil perkahwinan pertamanya dulu.

Buat masa ini, Que berkata dia dan Linda belum
bersedia untuk menunjukkan wajah bayi mereka
di media massa, namun tidak menghalang pihak
media yang ingin melawat Linda dan bayi mereka.

1 comment:

chemistry_lady said...

nama x bleh blah