11 September, 2009

12) JumAAt

SaLam seMUa...

Korang tau kan...??
Di bulan pose nih...
Syaiton semua telah digari??

Kali nih aku nak kongsi cerita tentang
ALAM ROH.

Roh Pada bulan Ramadhan

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan
yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu dan..
bertanyakan... tentang Roh di bulan Ramadhan.

Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi,
ustaz penceramah bercerita tentang keadaan
roh di bulan Ramadhan.

Menurut satu hadith Rasulullah saw
menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan,
semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon
kepada Allah SWT untuk kembali ke bumi.

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi
dan ada yang tidak dibenarkan.
Roh yang dibenarkan pulang adalah
kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka
ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.

Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang
disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka
akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang,
perkara pertama yang mereka lakukan adalah
1) Pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.
2) Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka,
3) Orang yang mendapat harta pusaka mereka dan
4) Ke rumah orang yang mendoakan mereka
dengan harapan orang yang mereka lawati itu
memberi hadiah untuk bekalan mereka.

Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya
Hari Raya Aidilfitri.

Pada saat ini.. mereka akan pulang mengucapkan selamat tinggal
kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz
dengan bekalan yang diberikan oleh mereka yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur.
Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.
Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya
boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup.

Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia
masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabat2ku....

Janganlah biarkan..
Orang2 yang kita sayangi..
yang menghadap Allah terlebih dulu daripada kita
sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.

Sesungguhnya apabila mati seseorang anak Adam itu,
terputuslah semua hal kecuali 3 perkara iaitu :-

1) Doa anak2 yang soleh,
2) Ilmu yang bermanfaat dan
3) Sedekah amal jariah.


"Setinggi mana kasih sayangku wahai ayah & ibu....
Allah lebih berhak menyayangi diri mu....."

"Damailah engkau di sana di bawah rahmat
dan kasih sayangNya,...
Sesungguhnya aku akan menyusulmu di kemudian hari"

Al-Fatihah
- buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi dahulu dr kami..

2 comments:

chemistry_lady said...

terima kasih utk ilmu ni pakcik :)

tHEoNeANDoNLy said...

chemistry_lady - sama.. ilmu utk kwn2 semua juga.. :)