05 September, 2009

4) KaPal SeLam

SaLam SeMua...

Tahniah!!
Kepada Armada....

"Tentera Laut Diraja Malaysia..!!!"



Dilancarkan oleh Raja Permaisuri Agong,
Tuanku Nur Zahirah.

Tuanku Nur Zahirah, yang kelihatan anggun
memakai jaket biru gelap dan berseluar
panjang putih, diiringi oleh Yang di-Pertuan Agong,
Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku
Panglima Tertinggi Angkatan Tentera.

Kapal selam pertama diluncurkan
dengan menyiramkan campuran
Air Yassin dan Zam-zam menggantikan
pemecahan botol champagne.



Hari ini aku teruja... Nak cerita tentang
Ketibaan kapal selam diesel
pertama Malaysia ni...dari..
jenis Scorpene di pengkalan tentera laut
di Pulau Indah.




Ciri2 Kapal Selam ini adalah:-

1) Kapal Selam ini seberat 1,550 tan.
2) Panjang keseluruhan 67,5 meter.
3) Mampu berlayar selama 50 hari dlm
dasar laut.
4) Boleh membawa 32 orang anak kapal.
5) Dilengkapi dengan 6 torpedo.
6) Ia mampu beroperasi pada kedalaman
antara 100 dan 200 meter.
7) Anti-torpedo kapal selam.
8) Anti-ship surface missiles.
9) Sub-surface to surface missiles.

Itu antara yg aku tahu la.. Malah ader banyak lagi...

Malah......

- Kehebatanya dicemburui oleh
negara2 di rantau....Asia Tenggara
sehingga menyebabkan....
- Thailand berasa terdesak untuk mencari
kapal selam,
- Indonesia bergegas menempah dua buah
kapal selam baru dari Korea Selatan
(Indonesia sudah ada dua dari Jerman)
- Singapura terus membeli lima kapal selam
terpakai kelas Sjoorman
(satu untuk sparepart) dari Sweden

APA YG HEBATNYA KAPAL SELAM INI..???

- Ia bukan dilengkapkan dengan sistem AIP pun..

1) Ia hebat kerana ia merupakan satu2nya
kapal selam di rantau ini... yang boleh
melancarkan peluru berpandu dari jenis "Exocet"
untuk menghancurkan kapal permukaan musuh
dari dalam air.....

2) Yang aku tahu, "Exocet" merupakan senjata yang
terbukti berkesan dalam merosakkan
kapal2 perang British semasa peperangan
Falkland dahulu...

3) Selain membawa torpedo yang ditembak
dari enam tiub pelancar, tiub yang sama juga
boleh meluncurkan peluru berpandu
SM-39 Exocet yang boleh mengenai
sasaran sejauh 50 kilometer.

4) SM-39 ini menggunakan radar pengesan aktif
tetapi dari segi tahap kemusnahan, ia mempunyai
bahan peledak yang agak kecil berbanding
Harpoon jadi ia jatuh kepada peluru berpandu
kategori pertengahan.

5) Oleh kerana penerbangan Excocet mendakap
permukaan laut dan merapati sasaran dengan
kadar ketinggian hanya 2.5 meter dari
permukaan laut, radar kapal musuh sukar
untuk mengesan kehadiran peluru berpandu itu
sehinggalah segala-galanya sudah terlambat.

6) Ini juga bermakna Scorpene Malaysia akan
mempunyai dua sistem kawalan tembakan yang
berbeza iaitu satu untuk torpedo dan satu
untuk solusi pelancaran peluru berpandu Exocet.

Strategiknyer...???

7) Dari maklumat yang aku perolehi,
SM-39 yang ada dipasaran pada hari ini
merupakan dari versi Blok 2, tetapi pihak
pengeluar peluru berpandu itu sedang
meningkat keupayaan SM-39 yang dengan
cara mendigitalkan peluru berpandu itu melalui
pemasangan alat Global Positioning System (GPS).

8) Digandingkan dengan teknologi satelit
yang sudah dikuasai oleh Malaysia,
(salah satu dari satelit Malaysia yang dilancarkan
ke angkasa mempunyai aplikasi pertahanan)

9) Bermakna... SM-39 juga boleh
boleh menyerang mana2 sasaran
"di kawasan darat juga" dan keupayaan ini sama
dengan penggunaan peluru berpandu
kruis Tomahawk.

- Mungkin ini yang.....
dimaksudkan sebagai strategik....



- Tempat kapal selam ini dibina..
di Toulon, Peranchis.

Malah Pemerintah Malaysia telah membeli
- 2 Buah kapal selam jenis Scorpene
bernilai 1,04 milyar euro. (RM3.4 bilion )
pada tahun 2002.
- Yang dibina secara bersama oleh DCNS dari
Perancis dan rakan kongsinya dari Sepanyol,
Navantia.

Iaitu...

KD Tunku Abdul Rahman
KD Tun Abdul Razak



Riwayat sejarah Kapal Selam..
Ramai juga orang mengimpikan mengembara
di dasar laut ni, seperti juga dengan keinginan
untuk terbang ke angkasa lepas
Bermula dengan sejarah tercipta oleh
.
.
.
1) Nabi Yunus yang mengembara di laut dan
berada dalam perut ikan selama 3 hari 3 malam
boleh dikira sebagai pedoman al-Qur'an bagi
pencetus idea tentang kapal selam pada manusia..
2) Lagenda juga penah menceritakan..
Alexander the Great pernah menyelam ke
dasar laut menggunakan mangkuk kaca besar
yang diterbalikkan pada tahun 337BC.
3) Pada sekitar tahun 1620 ahli sains Belanda
bernama Cornelius Drebbel telah
menghasilkan karyanya yang terdiri dari
cadangan dan gambarajah rekabentuk
kapal selam yang digunakan kemudiannya
oleh King James I untuk bergerak di bawah
permukaan sungai Thames dari Westminster
ke Greenwich.
4) Seorang anak muda Amerika bernama
David Bushnell telah mencipta kapal selam
kecil yang diberi nama Turtle untuk
meletakkan bom secara senyap di kapal2
musuh pada tahun 1776.
5) Manakala pada tahun 1796 seorang pelukis
dan perekacipta Amerika yang terkenal,
Robert Fulton telah mencipta kapal selam
Nautilus. Kapal ini ala2 berbentuk curut besar
dilengkapi dengan torpedo sekali...
Kapal ini berjaya menenggelamkan kapal musuh
yang jauh lebih besar di permukaan laut.
Kapal ini tenggelam beberapa kali dan
ramai anak2 kapal yang terbunuh.
Selepas itu banyak tragedi demi tragedi menimpa.
Namun minat terhadap kapal selam
ini tidak pernah pupus...!!
- Sekarang hampir semua negara yang
berhampiran laut di dunia ini memiliki kapal selam
samada yang berkuasa disel atau kuasa nuklear.
- Ada kapal selam yang kecil seperti kapal
American Holland seberat 71 tan dan boleh
memuatkan hanya (9 anak kapal)
- Ader yang sebesar Russian Typhoon
seberat 33,000 tan dengan (160 orang anak kapal)
.
.
.
.
Nota :
.
.
- Walaupun Kapal Selam ini penuh dengan
kontroversi...
- Pada aku... Itu hal mereka dgn ALLAH..
Jawap lah nati kat yg maha ESA...
Bukan tugas kita utk mengadili
sape betul & sape salah..
- Sbb aku bukanlah perwira bangsa..
Tapi aku penulis pembakar semangat bangsa aku...
Sbb aku syg bangsa aku...
terutama bangsa Melayu!!!
- Aku tetap mendoakan Malaysia terus
Tabah & Maju untuk mempertahankan
kedaulatannya..
- Doa aku juga mengiringi..
anak2 kapal yg berlayar bersama2
kapal selam ini.. demi mempertahankan
maruah bangsa Malaysia...!!!
Meraka2 ini sanggup meninggalkan
keluarga tercinta berbulan bulan lamanyer
Kadang2 ader yg bertahun2...
"MAJU & PERTAHANKAN
KEDAULATAN
NEGARA KITA MALAYSIA...."
AMIN.......

3 comments:

chemistry_lady said...

wahhh.. bila baca post ni teringat kt zulkifly saad.. he.. he..

~Kh@idru$~ said...

bangga gak aku jadi anak Malaysia...

tHEoNeANDoNLy said...

chemistry_lady - hehe.. tu la klu en zulkifly saad baca ni aper la komen beliau agaknyer..?? En Zul leh ker tahun ni.. kami naik kapal selam ni pulak..?? Larii...!!

KhaiDrus - Saya PUn...!!!