10 September, 2009

9) dUNIA ARtiS

SaLam Semua...

ALiff Aziz eemmm.....
Lagu dier yg...
Sayangg.. sayangg... Taayangg.....
Kau sudah berubah....




"Saya akui telah lakukan kesilapan besar itu di Singapura.
Sejujurnya, saya amat menyesal dan berharap semua
yang tersinggung dapat memaafkan saya,"
luah penyanyi Aliff Aziz dan nada kesal
berhubung isu gambar 'panas' yang sedang
tersebar di internet.

Gambar yang mempamerkan aksi Aliff
bercium dengan seorang perempuan yang
dikatakan di sebuah kelab itu kini hangat
diperbincangkan di dalam forum dan
blog-blog di internet.

Menurut penyanyi kelahiran Singapura ini,
dia sedar kesilapan itu telah menjejaskan imejnya
tatkala dirinya sedang mengukir nama di
persada seni dan terpaksa redha dengan
segala kritikan dan tohmahan yang dilemparkan.

"Sukar untuk saya gambarkan betapa menyesalnya
saya dengan perkara ini.
Saya pun baru saja tahu tentang
penyebaran gambar itu di internet.

"Saya manusia biasa dan saya memang
tidak terlepas dengan kesalahan.
Tetapi macam mana pun,
itu bukan satu 'escape' untuk saya
'lepaskan' diri.

"Saya bertanggungjawab dengan apa
yang tersebar itu.
Benda dah terjadi, jadi saya kena tanggung
akibatnya.

Ibubapa saya juga amat sedih bila dapat tahu
tentang perkara ini.

"Sebab itulah saya tidak mahu menjelaskan
dengan terperinci tentang hal ini.
Apa yang boleh saya katakan,
saya sangat menyesal dengan apa yang berlaku
dan ini adalah satu pengajaran kepada saya
supaya menjadi lebih matang,

" Ditanya bilakah insiden itu berlaku,
dalam nada perlahan, penyanyi berusia 18 tahun
ini akui ia adalah gambar-gambar lama.

Bagaimanapun dia enggan mengulas lanjut
sama ada insiden tersebut berlaku ketika
dia masih berada di bawah umur.

"Saya tak mahu ulas tentang itu,"
Aliff juga enggan mengulas lanjut
siapakah perempuan di dalam gambar itu.

"Seperti yang saya katakan tadi,
tak perlulah saya terangkan lebih-lebih.
Saya sendiri tidak ingat bila gambar itu diambil
dan saya juga tidak berapa pasti siapa perempuan
itu kerana kami berada di sana di dalam satu kumpulan.

"Saya tidak mahu cakap sama ada ini adalah
sabotaj atau tidak kerana apapun, saya akui itu
adalah silap saya.

"Maafkanlah kesilapan saya dan saya
cukup berharap peminat-peminat akan
terus menyokong karier saya.

Buat masa ini, saya dah tak tahu apa lagi
yang boleh saya buat selain meminta maaf
kepada semua," kata Aliff yang tidak mahu
mengulas di mana insiden itu berlaku.

2 comments:

Anis Azalea said...

hoho..statement;
"saya pun tak pasti siapa perempuan itu" - means dah biasa outing ramai2 pastu cioms je sape2 walau tak kenal..kalau kena H1N1 caner...wawawawa...

tHEoNeANDoNLy said...

Eri-chan - kan? cam biasa buat jer.. ops! bulan pose.. hehe..