28 August, 2009

22) JumAAt

SaLaM sEmUA....

Kali ni kita menimba ilmu berkaitan...

RASULULLAH s.a.w
&
Surah Yassin.

RASULULLAH s.a.w telah bersabda
yang bermaksud:

"Bacalah surah Yassin kerana ia
mengandungi keberkatan"

iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin,
ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh
mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin
akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh
hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya,
akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke
tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang
yang telah meninggal dunia,
Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya,
hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit,
terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati
dan hati al-Quran itu ialah Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin,
nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti
pahala membaca al-Quran sebanyak10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
"Apabila datang ajal orang yang suka
membaca surah Yassin pada setiap hari,
turunlah beberapa malaikat berbaris bersama
Malaikat Maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan
Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan
dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa
mencabut nyawa orang yang suka membaca
Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan
dari syurga membawa minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat
perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur
dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit
ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya:
"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat
pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat

pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka,
Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya
pada hari kemudian dan dia akan menerima
suratan amalannya di tangan kanan dan
diberi kesempatan membela 70 orang
daripada ahli rumahnya
tetapi sesiapa
yang meragui keterangan ini,
dia adalah orang-orang yang munafik.

" Semoga kita
sama2 dapat amalkan.."

.......AMIN.......

2 comments:

Anis Azalea said...

InsyaAllah. yg baik dari Allah, yg buruk dr sebab kita sendiri

~Kh@idru$~ said...

Amien...