27 August, 2009

19) dUNIA ARtiS

SaLam semua... Berita terkini...



"Ya saya restui mereka.
" Begitulah pengakuan

Chef Selebriti Terbaik Dunia,
Chef Wan apabila ditanya tentang
penerimaannya terhadap jejaka Inggeris
yang menjadi pilihan anaknya,
Serina Redzuawan, 26. Lelaki bertuah itu
adalah Gavin Edward O'luanaigh atau
nama Islamnya,
Salahuddin Ghaffar, 33.

Bukan itu sahaja,
Chef Wan juga membenarkan menyiarkan
wajah bakal menantunya itu yang semakin
mesra dengan keluarganya.
Salahuddin yang menjawat tugas sebagai
Pengarah Urusan Football Focus Sdn. Bhd,
berdarah kacukan Inggeris-Irish.
Beliau yang berasal dari England turut hadir
meraikan sambutan Hari Bapa buat Chef Wan
pada Jun lalu dan mereka bagaikan tidak
sabar-sabar menantikan hari bahagia yang
bakal menjelma kelak.Kata Chef Wan majlis
pernikahan Serina itu akan berlangsung
pada tanggal 01.01.2010 di
Masjid Wilayah Jalan Duta
manakala acara persandingan akan dibuat di
Royal Chulan Hotel Kuala Lumpur pada hari
berikutnya.

"Mungkin sudah sampai masanya saya menerima
calon menantu atau bakal suami untuk anak
saya Serina. Saya gembira kerana Salahuddin dan
Serina saling mencintai dan bersedia untuk
menjadi pasangan suami isteri.

"Bagi majlis yang sangat bermakna untuk
keluarga kami itu, saya serahkan segalanya
kepada rakan karib saya,
Datin Seri Faridah Hashim
(bekas isteri Datuk Seri Effendi Norwawi).
Manakala untuk rekaan pelamin saya gunakan
khidmat Datin Linda Rahim. Maklum sajalah
mereka lebih arif dalam soal kenduri kendara
dan saya pula terlalu sibuk dengan bermacam
program masakan.

"Baju nikah dan bersanding pun sudah ditempah.
Sebenarnya ada pihak yang ingin menaja
baju pengantin anak dan calon menantu
saya itu tapi saya telah menolaknya dengan baik.
Tak apalah, ini adalah perkahwinan anak saya
sendiri dan biarlah kita menguruskannya,"
kata Chef Wan yang memilih busana rekaan
Radzuwan Radziwill dan Ridz.Chef Wan
bagaimanapun berkata majlis itu lebih
bersifat kekeluargaan dan bukan majlis
persandingan untuk bergelar
Wedding of The Year sebagaimana yang
pernah dibuat oleh selebriti lain.
Sebelum ini dalam laporan media,
Chef Wan telah menetapkan wang hantaran
belanja untuk Serina sebanyak RM30,000.

"Kita hanya buat apa yang sesuai untuk keluarga,
sahabat handai serta mengundang pihak media.
Mungkin untuk sekitar 650 tetamu saja.
Yang penting, kita doakan saja agar semuanya
berjalan dengan lancar dan selamat nanti,"

4 comments:

hajarmarlina said...

wow berita terkini..irish people are nice..

doakan yg terbaik utk drg.jgn gosip2 bulan pose.x baik tau

chemistry_lady said...

pak cik ni peminat chef wan ke.

haah. x baik tau (sleng chef wan)

Anis Azalea said...

balik kg nanti aku nak g umah mak chef wan. nak tgk serina bwk balik tak bf dia..hehe

~Kh@idru$~ said...

Dunia kita berbeza..
hehehhehehe