06 August, 2009

4) Nisfu Sya’aban

Nisfu Sya’aban

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah.
Nisfu Sya’aban beerti setengah bulan Syaaban.
Malam Nisfu Sya’aban adalah malam lima-belas Syaaban
iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Sya’aban merupakan
malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.
Saiyidatina Aisyah R.A. meriwayatkan bahawa Nabi RASULULLAH S.A.W.
tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis
yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah S.A.W. telah bangun pada malam (Nisfu Sya’aban)
dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya
sehingga aku fikir beliau telah wafat.
Apabila aku melihat demikian aku
mencuit ibu jari kaki Baginda RASULULLAH S.A.W.
dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar
Baginda RASULULLAH S.A.W. berkata dlm sujudnya,

"Ya Allah aku pohonkan kemaafan Mu
daripada apa yg akan diturunkan
dan aku pohonkan keredhaan Mu
daripada kemurkaanMu
dan aku berlindung kpdMu daripadaMu.
Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu
seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda RASULULLAH S.A.W. selesai sembahyang,
Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah R.A.
"Malam ini adalan malam Nisfu Sya’aban.
Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah
dtg kpd hambanya pada malam Nisfu Sya’aban
dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar,
memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat
dan melambatkan rahmat dan keampunan
terhadap org2 yg dengki."

Hari Nisfu Sya’aban adalah hari dimana
buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit
dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru
akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib,
(15 Sya’aban bermula pada 14 hb Sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah
(bukan sunah) di hari Nisfu Sya’aban:

1. Solat sunat Nisfu Sya’aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat.
Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat.
Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah
al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Disusun dengan bantuan Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi
Arkib dari Risalah Surau Malabar Hidayatul Islam.

NOTA : Marilah kita sama2 mengamalkanyer... Amin )

No comments: