27 August, 2009

21) dUNIA ARtiS

SaLam semua...

Sekadar berita sajer...



Enggan membiarkan spekulasi dan
kontroversi terus menghantui dirinya,
Fasha nampaknya telah membuat
pendedahan tentang isi hatinya dan
perkara sebenar menerusi laman
web MySpace miliknya, semalam.
Buletin yang bertajuk 'luahan hatiku'
yang ditulis oleh Fasha itu antara lain
menjelaskan tentang hubungan
sebenarnya dengan Rizal yang
dipanggil dengan nama Jejai dan ekuin
negara itu yang diakui oleh Fasha ialah Qabil Ambak.

"Memang saya pernah berkawan rapat
dengan Rizal Ashram (Jejai).
Saya mengenali Jejai sejak tahun 2005
sebelum dia berkahwin dengan Nora Danish.

Harus saya jelaskan disini,memang
saya tidak pernah bercinta dengan
Jejai ketika dia masih suami Nora Danish.
"Saya dan Jejai menjadi rapat sejak Januari
tahun ini iaitu enam bulan setelah
Nora Danish bercerai. Dia adalah teman
rapat saya pada ketika itu. Kami selalu
berjumpa dan dia adalah lelaki yang
istimewa untuk saya pada ketika itu.

"Memang betul, Jejai pernah melamar saya.
Dia melamar saya pada tanggal 3 Januari 2009.
Saya beritahu Mama dan keluarga
tentang perkara ni tapi mereka menentang.

Saya yakin keluarga Jejai juga tentu
tidak suka dengan hubungan ini kerana
Jejai sudah punyai seorang anak hasi
perkahwinan dengan Nora.

"Tetapi itu semua kisah lama,
kami sudah tidak rapat seperti
dulu lagi kerana Mama saya
menghalang saya terlalu rapat
dengan Jejai di atas macam-macam sebab.
Saya menghormati permintaan
ibu saya kerana saya terlalu
sayangkan Mama saya,"

luahnya dalam laman web itu.
Menurut Fasha lagi, dia sedih
apabila dia dikaitkan sebagai
punca perceraian Nora dan Rizal
kerana ramai yang tidak tahu cerita
sebenar yang berlaku.Kata Fasha lagi,
setelah hubungan mereka dihalang keluarga,
dia dan Rizal tetap berhubung antara
satu sama lain."Saya dan Jejai terus
berhubung sehinggalah pada tanggal
11 Februari, saya mengambil keputusan
untuk tidak mahu meneruskan apa-apa
hubungan dengan Jejai lagi kerana terlalu tertekan.

"Saya terlalu tertekan kerana saya
dipersalahkan sedangkan orang tidak
tahu perkara sebenar. Kami tidak
berhubung selama hampir sebulan
sehinggalah pada 7 Mac, Jejai menghubungi
saya dan merayu-rayu supaya memaafkannya.
"Ketika itu saya berada di Pasir Gudang, Johor.
Jejai terus menghantar SMS dan menghubungi
saya setiap hari selepas itu walaupun saya
tidak peduli dengan rayuannya.
"Pernah juga Jejai menunggu di hadapan
rumah saya selama 4 jam untuk bercakap
dengan saya. Jejai tetap mahu saya berkawan
dengannya walaupun tidak jadi seperti dulu.
Saya setuju setelah berminggu-minggu dia
memujuk saya," catat Fasha lagi.
"Di mata saya pada ketika itu, dia seorang
lelaki yang baik, selalu mengambil berat
tentang diri saya dan keluarga dan saya tahu
dia perlukan saya dalam hidupnya sebagai
seorang kawan."Walaupun ramai orang
berprasangka yang tidak elok tentang
dirinya, saya tetap berkawan dengan
Jejai ketika itu. Pernah juga kami mencuba
untuk kembali bersama selama beberapa kali
tetapi gagal."Saya rasa masyarakat tidak harus
menunding jari pada sesiapa tentang penceraian
Jejai dan isterinya.

Hanya mereka berdua yang tahu apa
yang tidak kena pada rumahtangga mereka.
Lagipun soal jodoh ditangan tuhan.

"Kesimpulan tentang hubungan saya dan Jejai,
kami pernah menjalinkan hubungan istimewa
sebelum ini,tetapi kami hanya berkawan selepas
itu sehingga tarikh 18 Ogos 2009. Sekarang tidak
berhubung lagi," katanya.Fasha ambil pil tidur
berlebihan, Qabil datang bantu di hospital
Tentang hubungannya dengan ekuin egara,
Qabil Ambak, kata Fasha, dia mula mengenali
jejaka itu pada Ogos tahun lalu di majlis gala
makan malam anjuran Polo.

"Saya diperkenalkan
oleh rakan saya yang bernama Faris.
Faris yang menjemput saya ke majlis polo tersebut.
Ketika pertama kali pertemuan kami,
Jejai turut berada di sana."Saya ke majlis
tersebut bersama kakak angkat saya iaitu
Maria Farida.

Selepas majlis tersebut, kami menjadi
kawan dan berhubung melalui SMS.
Dia sering bertanya khabar dan
begitu juga saya. Saya pernah pergi ke
rumah Qabil dan pernah berjumpa famili
Qabil di rumah terbuka pada hari raya
ke-3 tahun lepas," ujarnya.Kata Fasha,
hubungannya dengan Qabil semakin rapat
selepas jejaka itu datang membantunya
di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) dan
Pusat Pakar Damansara pada 12 Februari lalu.

"Saya terpaksa ditahan selama 2 hari di hospita
kerana mengambil pil tidur berlebihan.
Saya mengalami insomnia pada ketika itu
kerana tekanan perasaan yang saya hadapi
menyebabkan saya sukar untuk tidur.
"Qabil adalah sahabat yang paling rapat
dengan saya pada waktu itu sehingga ke
hari ini. Kami pernah membincangkan
bermacam-macam topik tentang kehidupan.
"Dia seorang yang positif dan mengajar
saya untuk menjadi seorang yang positif.
Kami berhubung setiap hari sekarang
walaupun jarang berjumpa.

Dia juga baik dengan keluarga saya.
Empat kali dilamarDalam buletin yang
ditulis Fasha di laman web tersebut,
dia turut mengakui pernah dilamar empat kali
untuk dijadikan isteri dan jug
sudah empat kali menerima cincin.

Lamaran pertama yang dibuat terhadapnya
ialah oleh pengacara popular, Ally Iskandar
pada tahun 2007.

"Saya menolak secara baik walaupun
Mama dan keluarga sukakan Ally.
Saya menolak kerana saya hanya
menganggap dia sebagai seorang abang.
Dia terlalu baik untuk saya.

"Lamaran kedua adalah daripada seorang
VVIP yang sangat dikenali dari Brunei
pada pertengahan 2007.
Saya menolak kerana saya langsung tidak mengenali
VVIP tersebut. Dia seorang peminat
(tak mungkin saya ingin berkahwin
dengan orang yang saya langsung tidak kenal).

"Lamaran ketiga adalah daripada Jejai
pada Januari 2009. Saya mengambi
l masa yang panjang untuk berfikir
tentang perkara tersebut kerana
terlalu banyak masalah yang
akan saya hadapi sekiranya saya
berkahwin dengan Jejai," ujarnya.

Dan untuk lamaran keempat pula,
kata Fasha, datangnya pada pertengahan Mac lalu.

"Siapa lelaki itu?
Siapa lelaki yang akan menjadi suami saya?
Insyaallah,saya akan umumkan pada
hujung tahun ni. Saya cuma minta
agar diberikan sedikit masa diatas
sebab-sebab tertentu.

"Saya hanya menunggu masa yang sesuai.
Doakan agar tidak ada aral yang akan
mengganggu hubungan kami.
Bukan saya tidak mahu berterus terang
sekarang, saya khuatir jika saya beritahu
sekarang, perkara lain pula akan jadi.

"Lebih elok saya umumkan apabila masa
yang sebenar sudah hampir tiba,"
katanya di laman webnyer...

3 comments:

chemistry_lady said...

wahh.. panas.. very d wartawan mami jarum hehe

hajarmarlina said...

biorla die..

Anis Azalea said...

lamaran ke-4 dari qabil ambak la..