30 August, 2009

23) meRDeka 2oo9

Salam SEmua...

Kali nih Malaysia akan menyambut
Hari kemerdekaan yg ker-52



Negaraku....
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju...
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita...
Selamat bertakhta.

Logo & Tema -


Aku bersyukur masih dapat menikmati
kemerdekaan yang kita kecapi selama ini....

Setelah sekian lama,
kita hidup dalam keadaan aman dan damai.
Tiada siapa mempersoalkan hak sesiapa,
Tiada siapa merompak hak sesiapa.

Tetapi hari ini...
Kita sudah mula tidak tenang.
Kita memberontak.
Kita mula merasakan hak kita dirompak.
Kita mula benci sesama sendiri...

Amat malang sekali..
Semua ini berlaku...
Kerana sikap pentingkan diri
sesetengan individu..
( xkiralah saper2 pun yg terasa pedass... )

Inilah yang mengakibatkan negara huru-hara.
Mereka2 ini telah mencipta suatu suasana yg
yg tidak selesa kpd bangsa lain...
bahkan bangsa melayu itu sediri...

Jika di Pakistan atau di Filipina,
ahli politik seperti Bhutto dan Akino
ini sudah lama dibunuh.
Tetapi terbukti di Malaysia,
negara kita masih membiarkan
mereka2 ini..
untuk meneruskan...
agenda jahat mereka.

Yang amat sedih...
Golongan muda dan tua termakan
tipu daya mereka2 ini..
Berbudayakan ikut-ikut,
tanpa memikirkan secara waras,
mereka taksub dengan pemimpin mereka.

Alangkah sedihnya...


Marilah kita sama2.....
Menoleh kpd sejarah!!!

Dan fahamilah..
Matlamat penubuhan Malaysia itu semula..

Mengapa hampir 50 tahun terdahulu...
Kita boleh hidup berdikari & aman??
Tapi.. sekarang tidak lagi??
Adakah selepas 50 tahun,
ia sudah tidak relevant lagi??
Adakah selepas 50 tahun,
ia sudah menjadi suatu undang-undang yang lapuk??

Janganlah begitu...
Adillah kepada diri sendiri dan orang lain....

Kita hidup ini..
Didalam sebuah negara yang
berbilang kaum...
Seharusnya kita menghormati antara satu sama lain

dan elakkan dari membincangkan
perkara yang sensitif.

Marilah kita bermuhasabah seketika,
menghayati erti kemerdekaan yang lampau...



- Mengungkap sejarah
nan silam.....





Di Stadium Merdeka,

Tunku berdiri gagah menerima ketibaan
Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat
ketenteraan British berpangkat Field Marshall.
di ikiringi pancaragam dgn lagu
'God Save The Queen' berkumandang ketika
Duke of Gloucester yang merupakan pakcik
kpd Queen Elizabeth II masuk dan mengambil
tempat.

Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British,
Sir Donald MacGillivray.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan
Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut

"Dengan nama Allah,
Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya
sebuah negara yang demokratik dan Merdeka".

Setiap kali suaranya tenggelam dlm pekikan
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir
dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan
segalanya di depan mata, menghuraikan
pengalamannya..

"Hujan renyai-renyai menghiasi pagi.
Tanpa disedari linangan air mata
membasahi pipi.
Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak2 bangsa
yang datang dari setiap pelusuk negeri.

Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi.
Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti,
yang tidak akan dilupai tersemat
disanubari sampai mati.

Merdeka telah kita miliki

'Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Pada aku...
Sebenarnyer...
Kemerdekaan & Kebebasan itu kita lihat dlm
diri kita sendiri dulu...

Kita harus memerdekakan diri kita sendiri
sebelum menuntut kemerdekaan yang lebih besar
kepada orang lain.

Janganlah kita lupa kepada nama2..
pejuang kemerdekaan yang telah
mengorbankan nyawa mereka..
Demi memberikan kesenangan
kepada kita semua sekarang ini...
seperti.....

Tok Janggut, Tok Gajah,
Datuk Maharajalela, Naning, Rosli Dobi,
Leftenan Adnan, Kanang,
dan bapa kemerdekaan kita,
Tunku Abdul Rahman.
Dan beberapa nama2 lain...

Semoga anak2, remaja, org2 dewasa
dan sesiapa sahaja...

Benar2 memahami kepayahan mereka2
yg terdahulu ini..untuk mencapai DAN menggekalkan

"kemerdekaan sesebuah negara itu... "

...............AMIN...............

3 comments:

Mimy Hamid said...

SAYA ANAK MALAYSIA....

diana aziz said...

Selamat Hari Merdeka!!!

Erk.. adakah saya terlambat? Hohoho

tHEoNeANDoNLy said...

mimi - yes la...!!

TinTadariHati - Lom lagi...