27 August, 2009

20) dUNIA ARtiS

Salam SEmua...

Chef Malaysia Chef 1 Malaysia Bertaraf dunia..



SELEBRITI Chef yang paling terkenal
di rantau Asia, Chef Wan telah mendapat
undangan untuk menjadi tetamu istimewa
pengacara 'talk show' terkenal Oprah Winfrey.

Jemputan itu telah disampaikan kepada
Chef Wan baru-baru ini melalui orang
tengah iaitu Ketua Pegawai Asian Food Channel,
Maria Brown. Chef Wan bakal menjadi rakyat
Malaysia pertama yang muncul dalam rancangan
'Oprah Winfrey Show'.

Chef Wan yang jelas teruja, menganggap dirinya
cukup bertuah dan tidak pernah menjangka
yang Oprah akan mengundangnya.

"Pagi tadi saya menerima sepucuk surat yang
dihantar melalui pihak Oprah Winfrey Show.
Mereka mengundang Wan untuk menjadi
tetamu dalam rancangan itu.

"Wan rasa macam tak percaya je,
betul ke ni jemputan untuk aku?
Kawan Wan yang beritahu Wan pasal berita ni,
Wan banyak kali cakap dekat dia, jangan
main-main dengan benda macam ni.
Dia pun kata dia tak main-main, baru
Wan percaya," kata Chef Wan ketika dihubungi
mStar online.Chef Wan juga tidak menyangka
di sebalik kejayaan selebriti lain yang terkenal
seperti Datuk Siti Nurhaliza, dia masih
berpeluang untuk di undang ke sebuah
rancangan terkemuka dunia berbanding
Siti dan selebriti yang lain.

"Wan rasa bertuah sangat-sangat, tak tahu nak
cakap macam mana, bukan senang untuk
kita di undang sebagai tetamu istimewa
dalam rancangan yang berprestij seperti
Oprah ini."Bukan Wan nak bangga dirilah,
tapi kalau nak dibandingkan populariti,
popular lagi Datuk Siti, tapi tidak ada lagi
selebriti kita yang di undang walaupun popular.

"Bila Wan diundang Oprah, Wan rasa gembira,
bangga dan 'excited' sangat sebab satu dunia
menyaksikan rancangan Oprah ini.
Jadi Wan berbangga kerana Wan dari negara Malaysia,
" katanya. Menurut Chef Wan, undangan yang
diterimanya ini mungkin dari kejayaannya merangku
"The Best Celebrity Chef In The World" di
'World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009'
yang menewaskan selebriti chef lain dari seluruh dunia.

"Lepas Wan menang, artikel pasal kemenangan
Wan tu ada keluar di New York Times, lepas tu Wan
juga ditemuramah oleh sebuah majalah yang terkemuka,
Le Prestige."Mungkin dari situ juga mereka nampak
kredibiliti Wan sebagai selebriti chef terbaik dunia," jelasnya.

Namun selebriti chef ini masih tidak
mengetahui lanjutan mengenai undangan
ini biarpun dia sudah memberikan jawapan
dan menyerahkan kepada Maria untuk
berurusan dengan pihak Oprah.
"Wan tak tahu bila mereka akan panggil Wan,
tetapi yang pasti dalam surat tu dinyatakan
'urgent', jadi maknanya mungkin akan dipanggil
dalam masa terdekat inilah.Chef Wan yang tidak
kedekut dalam berkongsi pengalamannya turut
mengatakan ini bukan kali pertama dia ditemuramah
di peringkat antarabangsa.

"Ini bukan kali pertama Wan ditemuramah
di peringkat antarabangsa, 30 tahun dulu
Wan pernah muncul dalam sebuah rancangan
'Talk Asia' yang dihoskan oleh Lorreian Hann
di CNN."Wan merupakan orang ketiga dari
Malaysia muncul dalam rancangan tersebt selepas
Pak Lah dan Mahathir."

Selepas Wan muncul dalam rancangan tu,
barulah selebriti-selebriti antarabangsa
lain seperti Shah Rukh Khan dan ramai lagi muncul,
" kata Chef Wan yang baru melancarkan buku
resepi terbarunya, ‘Sajian Tradisi bersama Chef Wan’.

Malah Chef wan juga pernah ditemuramah
oleh stesen TV antarabangsa seperti Al-Jazeera,
BBC London dan juga pernah muncul dalam
rancangan 'Driven' di CNBC.

1 comment:

Anis Azalea said...

tak sangka org kg aku leh jd selebrity chef dunia..wah balik raya mesti kepoh si wan ni citer2 kat tetamu dia..akekekeke