15 July, 2009

4) MenCari aRAh KiBLat

Salam seMua....



Nak kongsi pengetahuan dgn kawan2...
Pada hari esok... 16 Julai, jam 5.28 petang (Waktu Malaysia).
Kita boleh mengetahui arah kiblat yg sebenar2nya..
Ini kerana matahari ketika itu berada betul2 di atas kaabah.
Allahhu Akbar!

Maha suci Allah yang menjadikan matahari sebagai petanda
buat orang yang beriman.
Matahari sebagai penerang permukaan bumi ini,
Makanan bagi tumbuhan, panduan bagi pelayaran,
Perkiraan waktu untuk beribadat, perkiraan waktu untuk
Sesuatu perjanjian dan banyak lagi fungsi matahari kepada manusia.

Dan kewajipan bagi setiap Muslim di mana sahaja ia berada.
Utk mengetahui & menghadap kiblat.
Dimana ia adalah salah satu syarat sah sembahyang.

Bagi umat Islam yang berjauhan dengan Masjdil Haram,
Terdapat pelbagai kaedah untuk menentukan arah kiblat.
Antara kaedah tradisional ialah
Kaedah matahari istimewa di atas Kaabah ini..
Kejadian matahari istimewa matahari di atas Kaabah berlaku
Dua kali setahun
Iaitu pada 28 Mei, jam 5.16 petang (Waktu Malaysia)
Dan pada 16 Julai, jam 5.28 petang (Waktu Malaysia).

Pada ketika itu, bayang objek tegak di seluruh dunia
akan merujuk kepada arah kiblat.



Oleh kerana matahari berada di langit barat,
Bayang tiang akan jatuh ke arah timur,
Maka arah kiblat ialah arah yang bertentangan.
Selain dari tiang yang kawan2 pacak kan,
Kawan2 juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera,
Tiang-tiang lampu atau sisi- sisi rumah yang tegak untuk
Menyemak arah kiblat ketika itu.



Kawan2 lihatlah begitu hebatnya ciptaan allah kpd kita...
Mari kita lihat beberapa fungsi matahari dalam kehidupan kita sehari2..
Ia menentukan arah kiblat yang merupakan perkara wajib
Dan syarat sah solat kita seharian,
Ada waktu2 sunat - utk boleh kita tidor
& waktu yg x boleh kita bantai tido ( selepas asar )
Waktu zikir dan membaca al quran ,
Waktu haram - ketika qada hajat,
Makruh - mengunjurkan kaki mengarah kiblat
Dan banyak lain-lain lagi la...

Jadi kawan... Jangan lupa cari arah kiblat anda......!!!
Selamat mencuba....!!!

No comments: