13 February, 2009

6) bIODATA rASuLLULLaH S.A.W

Elok juga utk print and lekatkan notice board kat umah utk anak2 & kita sendiri utk sentiasa refreshkan ingatan kita utk lebih mengenali semulia2 insan yang TIADA TANDINGAN. ALLAHU AKBAR.......!! ."MAULID AL-RASUL SAW"

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta".

Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan RasulullahSAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.
Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St.. Valentino' (Valentine DAY) KONONYER... daripada mengingati Rasulullah SAW, dan kadang2
lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.

Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT?
Justeru itu... saya berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW BIODATA RASULULLAH SAW :-

Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M
(dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahahyang menyerang kota Ka'abah)

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

Nama bapa : 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu : Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman.Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebihdikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia diAl-Abwa'
(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)

Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa RasulullahSAW)
dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, ( Abu Talib )

USIA 9 TAHUN

(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernamaBahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahirpada masa itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar.
Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'.
Perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali-kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah, (lelaki suruhan Khadijah.)

Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.

Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.

Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad'ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin,
12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

Khadijah Binti Khuwailid
Saudah Binti Zam'ah
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
Zainab Binti Jahsy § Maimunah Binti Harith
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi
(anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN
SAUDARA SUSUAN

1.. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
3.. Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair 4. Hamzah ***
5. Al-'Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya 'Abdul 'Uzza) 8. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah 12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. 'Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam)


*** *** Sempat masuk Islam.
## Ulama' berselisih pendapat tentang Islamnya.


p/s : sama2 ler kita LEBIH menghayati & mencintai banginda...


------------------ AMIN ------------------------------------------

3 comments:

chemistry_lady said...

iyolah bersamo kita hayati.. amin..

Mimy Hamid said...

bagusla benda ni..yer mmg betul..blh buat rujukan thanks mud

4630AC D said...

oh tq. yup, leh wat rujukan. tq.