30 August, 2009

23) meRDeka 2oo9

Salam SEmua...

Kali nih Malaysia akan menyambut
Hari kemerdekaan yg ker-52



Negaraku....
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju...
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita...
Selamat bertakhta.

Logo & Tema -


Aku bersyukur masih dapat menikmati
kemerdekaan yang kita kecapi selama ini....

Setelah sekian lama,
kita hidup dalam keadaan aman dan damai.
Tiada siapa mempersoalkan hak sesiapa,
Tiada siapa merompak hak sesiapa.

Tetapi hari ini...
Kita sudah mula tidak tenang.
Kita memberontak.
Kita mula merasakan hak kita dirompak.
Kita mula benci sesama sendiri...

Amat malang sekali..
Semua ini berlaku...
Kerana sikap pentingkan diri
sesetengan individu..
( xkiralah saper2 pun yg terasa pedass... )

Inilah yang mengakibatkan negara huru-hara.
Mereka2 ini telah mencipta suatu suasana yg
yg tidak selesa kpd bangsa lain...
bahkan bangsa melayu itu sediri...

Jika di Pakistan atau di Filipina,
ahli politik seperti Bhutto dan Akino
ini sudah lama dibunuh.
Tetapi terbukti di Malaysia,
negara kita masih membiarkan
mereka2 ini..
untuk meneruskan...
agenda jahat mereka.

Yang amat sedih...
Golongan muda dan tua termakan
tipu daya mereka2 ini..
Berbudayakan ikut-ikut,
tanpa memikirkan secara waras,
mereka taksub dengan pemimpin mereka.

Alangkah sedihnya...


Marilah kita sama2.....
Menoleh kpd sejarah!!!

Dan fahamilah..
Matlamat penubuhan Malaysia itu semula..

Mengapa hampir 50 tahun terdahulu...
Kita boleh hidup berdikari & aman??
Tapi.. sekarang tidak lagi??
Adakah selepas 50 tahun,
ia sudah tidak relevant lagi??
Adakah selepas 50 tahun,
ia sudah menjadi suatu undang-undang yang lapuk??

Janganlah begitu...
Adillah kepada diri sendiri dan orang lain....

Kita hidup ini..
Didalam sebuah negara yang
berbilang kaum...
Seharusnya kita menghormati antara satu sama lain

dan elakkan dari membincangkan
perkara yang sensitif.

Marilah kita bermuhasabah seketika,
menghayati erti kemerdekaan yang lampau...



- Mengungkap sejarah
nan silam.....





Di Stadium Merdeka,

Tunku berdiri gagah menerima ketibaan
Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat
ketenteraan British berpangkat Field Marshall.
di ikiringi pancaragam dgn lagu
'God Save The Queen' berkumandang ketika
Duke of Gloucester yang merupakan pakcik
kpd Queen Elizabeth II masuk dan mengambil
tempat.

Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British,
Sir Donald MacGillivray.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan
Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut

"Dengan nama Allah,
Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya
sebuah negara yang demokratik dan Merdeka".

Setiap kali suaranya tenggelam dlm pekikan
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir
dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan
segalanya di depan mata, menghuraikan
pengalamannya..

"Hujan renyai-renyai menghiasi pagi.
Tanpa disedari linangan air mata
membasahi pipi.
Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak2 bangsa
yang datang dari setiap pelusuk negeri.

Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi.
Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti,
yang tidak akan dilupai tersemat
disanubari sampai mati.

Merdeka telah kita miliki

'Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Pada aku...
Sebenarnyer...
Kemerdekaan & Kebebasan itu kita lihat dlm
diri kita sendiri dulu...

Kita harus memerdekakan diri kita sendiri
sebelum menuntut kemerdekaan yang lebih besar
kepada orang lain.

Janganlah kita lupa kepada nama2..
pejuang kemerdekaan yang telah
mengorbankan nyawa mereka..
Demi memberikan kesenangan
kepada kita semua sekarang ini...
seperti.....

Tok Janggut, Tok Gajah,
Datuk Maharajalela, Naning, Rosli Dobi,
Leftenan Adnan, Kanang,
dan bapa kemerdekaan kita,
Tunku Abdul Rahman.
Dan beberapa nama2 lain...

Semoga anak2, remaja, org2 dewasa
dan sesiapa sahaja...

Benar2 memahami kepayahan mereka2
yg terdahulu ini..untuk mencapai DAN menggekalkan

"kemerdekaan sesebuah negara itu... "

...............AMIN...............

28 August, 2009

22) JumAAt

SaLaM sEmUA....

Kali ni kita menimba ilmu berkaitan...

RASULULLAH s.a.w
&
Surah Yassin.

RASULULLAH s.a.w telah bersabda
yang bermaksud:

"Bacalah surah Yassin kerana ia
mengandungi keberkatan"

iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin,
ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh
mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin
akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh
hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya,
akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke
tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang
yang telah meninggal dunia,
Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya,
hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit,
terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati
dan hati al-Quran itu ialah Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin,
nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti
pahala membaca al-Quran sebanyak10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
"Apabila datang ajal orang yang suka
membaca surah Yassin pada setiap hari,
turunlah beberapa malaikat berbaris bersama
Malaikat Maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan
Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan
dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa
mencabut nyawa orang yang suka membaca
Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan
dari syurga membawa minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat
perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur
dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit
ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya:
"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat
pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat

pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka,
Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya
pada hari kemudian dan dia akan menerima
suratan amalannya di tangan kanan dan
diberi kesempatan membela 70 orang
daripada ahli rumahnya
tetapi sesiapa
yang meragui keterangan ini,
dia adalah orang-orang yang munafik.

" Semoga kita
sama2 dapat amalkan.."

.......AMIN.......

27 August, 2009

21) dUNIA ARtiS

SaLam semua...

Sekadar berita sajer...



Enggan membiarkan spekulasi dan
kontroversi terus menghantui dirinya,
Fasha nampaknya telah membuat
pendedahan tentang isi hatinya dan
perkara sebenar menerusi laman
web MySpace miliknya, semalam.
Buletin yang bertajuk 'luahan hatiku'
yang ditulis oleh Fasha itu antara lain
menjelaskan tentang hubungan
sebenarnya dengan Rizal yang
dipanggil dengan nama Jejai dan ekuin
negara itu yang diakui oleh Fasha ialah Qabil Ambak.

"Memang saya pernah berkawan rapat
dengan Rizal Ashram (Jejai).
Saya mengenali Jejai sejak tahun 2005
sebelum dia berkahwin dengan Nora Danish.

Harus saya jelaskan disini,memang
saya tidak pernah bercinta dengan
Jejai ketika dia masih suami Nora Danish.
"Saya dan Jejai menjadi rapat sejak Januari
tahun ini iaitu enam bulan setelah
Nora Danish bercerai. Dia adalah teman
rapat saya pada ketika itu. Kami selalu
berjumpa dan dia adalah lelaki yang
istimewa untuk saya pada ketika itu.

"Memang betul, Jejai pernah melamar saya.
Dia melamar saya pada tanggal 3 Januari 2009.
Saya beritahu Mama dan keluarga
tentang perkara ni tapi mereka menentang.

Saya yakin keluarga Jejai juga tentu
tidak suka dengan hubungan ini kerana
Jejai sudah punyai seorang anak hasi
perkahwinan dengan Nora.

"Tetapi itu semua kisah lama,
kami sudah tidak rapat seperti
dulu lagi kerana Mama saya
menghalang saya terlalu rapat
dengan Jejai di atas macam-macam sebab.
Saya menghormati permintaan
ibu saya kerana saya terlalu
sayangkan Mama saya,"

luahnya dalam laman web itu.
Menurut Fasha lagi, dia sedih
apabila dia dikaitkan sebagai
punca perceraian Nora dan Rizal
kerana ramai yang tidak tahu cerita
sebenar yang berlaku.Kata Fasha lagi,
setelah hubungan mereka dihalang keluarga,
dia dan Rizal tetap berhubung antara
satu sama lain."Saya dan Jejai terus
berhubung sehinggalah pada tanggal
11 Februari, saya mengambil keputusan
untuk tidak mahu meneruskan apa-apa
hubungan dengan Jejai lagi kerana terlalu tertekan.

"Saya terlalu tertekan kerana saya
dipersalahkan sedangkan orang tidak
tahu perkara sebenar. Kami tidak
berhubung selama hampir sebulan
sehinggalah pada 7 Mac, Jejai menghubungi
saya dan merayu-rayu supaya memaafkannya.
"Ketika itu saya berada di Pasir Gudang, Johor.
Jejai terus menghantar SMS dan menghubungi
saya setiap hari selepas itu walaupun saya
tidak peduli dengan rayuannya.
"Pernah juga Jejai menunggu di hadapan
rumah saya selama 4 jam untuk bercakap
dengan saya. Jejai tetap mahu saya berkawan
dengannya walaupun tidak jadi seperti dulu.
Saya setuju setelah berminggu-minggu dia
memujuk saya," catat Fasha lagi.
"Di mata saya pada ketika itu, dia seorang
lelaki yang baik, selalu mengambil berat
tentang diri saya dan keluarga dan saya tahu
dia perlukan saya dalam hidupnya sebagai
seorang kawan."Walaupun ramai orang
berprasangka yang tidak elok tentang
dirinya, saya tetap berkawan dengan
Jejai ketika itu. Pernah juga kami mencuba
untuk kembali bersama selama beberapa kali
tetapi gagal."Saya rasa masyarakat tidak harus
menunding jari pada sesiapa tentang penceraian
Jejai dan isterinya.

Hanya mereka berdua yang tahu apa
yang tidak kena pada rumahtangga mereka.
Lagipun soal jodoh ditangan tuhan.

"Kesimpulan tentang hubungan saya dan Jejai,
kami pernah menjalinkan hubungan istimewa
sebelum ini,tetapi kami hanya berkawan selepas
itu sehingga tarikh 18 Ogos 2009. Sekarang tidak
berhubung lagi," katanya.Fasha ambil pil tidur
berlebihan, Qabil datang bantu di hospital
Tentang hubungannya dengan ekuin egara,
Qabil Ambak, kata Fasha, dia mula mengenali
jejaka itu pada Ogos tahun lalu di majlis gala
makan malam anjuran Polo.

"Saya diperkenalkan
oleh rakan saya yang bernama Faris.
Faris yang menjemput saya ke majlis polo tersebut.
Ketika pertama kali pertemuan kami,
Jejai turut berada di sana."Saya ke majlis
tersebut bersama kakak angkat saya iaitu
Maria Farida.

Selepas majlis tersebut, kami menjadi
kawan dan berhubung melalui SMS.
Dia sering bertanya khabar dan
begitu juga saya. Saya pernah pergi ke
rumah Qabil dan pernah berjumpa famili
Qabil di rumah terbuka pada hari raya
ke-3 tahun lepas," ujarnya.Kata Fasha,
hubungannya dengan Qabil semakin rapat
selepas jejaka itu datang membantunya
di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) dan
Pusat Pakar Damansara pada 12 Februari lalu.

"Saya terpaksa ditahan selama 2 hari di hospita
kerana mengambil pil tidur berlebihan.
Saya mengalami insomnia pada ketika itu
kerana tekanan perasaan yang saya hadapi
menyebabkan saya sukar untuk tidur.
"Qabil adalah sahabat yang paling rapat
dengan saya pada waktu itu sehingga ke
hari ini. Kami pernah membincangkan
bermacam-macam topik tentang kehidupan.
"Dia seorang yang positif dan mengajar
saya untuk menjadi seorang yang positif.
Kami berhubung setiap hari sekarang
walaupun jarang berjumpa.

Dia juga baik dengan keluarga saya.
Empat kali dilamarDalam buletin yang
ditulis Fasha di laman web tersebut,
dia turut mengakui pernah dilamar empat kali
untuk dijadikan isteri dan jug
sudah empat kali menerima cincin.

Lamaran pertama yang dibuat terhadapnya
ialah oleh pengacara popular, Ally Iskandar
pada tahun 2007.

"Saya menolak secara baik walaupun
Mama dan keluarga sukakan Ally.
Saya menolak kerana saya hanya
menganggap dia sebagai seorang abang.
Dia terlalu baik untuk saya.

"Lamaran kedua adalah daripada seorang
VVIP yang sangat dikenali dari Brunei
pada pertengahan 2007.
Saya menolak kerana saya langsung tidak mengenali
VVIP tersebut. Dia seorang peminat
(tak mungkin saya ingin berkahwin
dengan orang yang saya langsung tidak kenal).

"Lamaran ketiga adalah daripada Jejai
pada Januari 2009. Saya mengambi
l masa yang panjang untuk berfikir
tentang perkara tersebut kerana
terlalu banyak masalah yang
akan saya hadapi sekiranya saya
berkahwin dengan Jejai," ujarnya.

Dan untuk lamaran keempat pula,
kata Fasha, datangnya pada pertengahan Mac lalu.

"Siapa lelaki itu?
Siapa lelaki yang akan menjadi suami saya?
Insyaallah,saya akan umumkan pada
hujung tahun ni. Saya cuma minta
agar diberikan sedikit masa diatas
sebab-sebab tertentu.

"Saya hanya menunggu masa yang sesuai.
Doakan agar tidak ada aral yang akan
mengganggu hubungan kami.
Bukan saya tidak mahu berterus terang
sekarang, saya khuatir jika saya beritahu
sekarang, perkara lain pula akan jadi.

"Lebih elok saya umumkan apabila masa
yang sebenar sudah hampir tiba,"
katanya di laman webnyer...

20) dUNIA ARtiS

Salam SEmua...

Chef Malaysia Chef 1 Malaysia Bertaraf dunia..



SELEBRITI Chef yang paling terkenal
di rantau Asia, Chef Wan telah mendapat
undangan untuk menjadi tetamu istimewa
pengacara 'talk show' terkenal Oprah Winfrey.

Jemputan itu telah disampaikan kepada
Chef Wan baru-baru ini melalui orang
tengah iaitu Ketua Pegawai Asian Food Channel,
Maria Brown. Chef Wan bakal menjadi rakyat
Malaysia pertama yang muncul dalam rancangan
'Oprah Winfrey Show'.

Chef Wan yang jelas teruja, menganggap dirinya
cukup bertuah dan tidak pernah menjangka
yang Oprah akan mengundangnya.

"Pagi tadi saya menerima sepucuk surat yang
dihantar melalui pihak Oprah Winfrey Show.
Mereka mengundang Wan untuk menjadi
tetamu dalam rancangan itu.

"Wan rasa macam tak percaya je,
betul ke ni jemputan untuk aku?
Kawan Wan yang beritahu Wan pasal berita ni,
Wan banyak kali cakap dekat dia, jangan
main-main dengan benda macam ni.
Dia pun kata dia tak main-main, baru
Wan percaya," kata Chef Wan ketika dihubungi
mStar online.Chef Wan juga tidak menyangka
di sebalik kejayaan selebriti lain yang terkenal
seperti Datuk Siti Nurhaliza, dia masih
berpeluang untuk di undang ke sebuah
rancangan terkemuka dunia berbanding
Siti dan selebriti yang lain.

"Wan rasa bertuah sangat-sangat, tak tahu nak
cakap macam mana, bukan senang untuk
kita di undang sebagai tetamu istimewa
dalam rancangan yang berprestij seperti
Oprah ini."Bukan Wan nak bangga dirilah,
tapi kalau nak dibandingkan populariti,
popular lagi Datuk Siti, tapi tidak ada lagi
selebriti kita yang di undang walaupun popular.

"Bila Wan diundang Oprah, Wan rasa gembira,
bangga dan 'excited' sangat sebab satu dunia
menyaksikan rancangan Oprah ini.
Jadi Wan berbangga kerana Wan dari negara Malaysia,
" katanya. Menurut Chef Wan, undangan yang
diterimanya ini mungkin dari kejayaannya merangku
"The Best Celebrity Chef In The World" di
'World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009'
yang menewaskan selebriti chef lain dari seluruh dunia.

"Lepas Wan menang, artikel pasal kemenangan
Wan tu ada keluar di New York Times, lepas tu Wan
juga ditemuramah oleh sebuah majalah yang terkemuka,
Le Prestige."Mungkin dari situ juga mereka nampak
kredibiliti Wan sebagai selebriti chef terbaik dunia," jelasnya.

Namun selebriti chef ini masih tidak
mengetahui lanjutan mengenai undangan
ini biarpun dia sudah memberikan jawapan
dan menyerahkan kepada Maria untuk
berurusan dengan pihak Oprah.
"Wan tak tahu bila mereka akan panggil Wan,
tetapi yang pasti dalam surat tu dinyatakan
'urgent', jadi maknanya mungkin akan dipanggil
dalam masa terdekat inilah.Chef Wan yang tidak
kedekut dalam berkongsi pengalamannya turut
mengatakan ini bukan kali pertama dia ditemuramah
di peringkat antarabangsa.

"Ini bukan kali pertama Wan ditemuramah
di peringkat antarabangsa, 30 tahun dulu
Wan pernah muncul dalam sebuah rancangan
'Talk Asia' yang dihoskan oleh Lorreian Hann
di CNN."Wan merupakan orang ketiga dari
Malaysia muncul dalam rancangan tersebt selepas
Pak Lah dan Mahathir."

Selepas Wan muncul dalam rancangan tu,
barulah selebriti-selebriti antarabangsa
lain seperti Shah Rukh Khan dan ramai lagi muncul,
" kata Chef Wan yang baru melancarkan buku
resepi terbarunya, ‘Sajian Tradisi bersama Chef Wan’.

Malah Chef wan juga pernah ditemuramah
oleh stesen TV antarabangsa seperti Al-Jazeera,
BBC London dan juga pernah muncul dalam
rancangan 'Driven' di CNBC.

19) dUNIA ARtiS

SaLam semua... Berita terkini...



"Ya saya restui mereka.
" Begitulah pengakuan

Chef Selebriti Terbaik Dunia,
Chef Wan apabila ditanya tentang
penerimaannya terhadap jejaka Inggeris
yang menjadi pilihan anaknya,
Serina Redzuawan, 26. Lelaki bertuah itu
adalah Gavin Edward O'luanaigh atau
nama Islamnya,
Salahuddin Ghaffar, 33.

Bukan itu sahaja,
Chef Wan juga membenarkan menyiarkan
wajah bakal menantunya itu yang semakin
mesra dengan keluarganya.
Salahuddin yang menjawat tugas sebagai
Pengarah Urusan Football Focus Sdn. Bhd,
berdarah kacukan Inggeris-Irish.
Beliau yang berasal dari England turut hadir
meraikan sambutan Hari Bapa buat Chef Wan
pada Jun lalu dan mereka bagaikan tidak
sabar-sabar menantikan hari bahagia yang
bakal menjelma kelak.Kata Chef Wan majlis
pernikahan Serina itu akan berlangsung
pada tanggal 01.01.2010 di
Masjid Wilayah Jalan Duta
manakala acara persandingan akan dibuat di
Royal Chulan Hotel Kuala Lumpur pada hari
berikutnya.

"Mungkin sudah sampai masanya saya menerima
calon menantu atau bakal suami untuk anak
saya Serina. Saya gembira kerana Salahuddin dan
Serina saling mencintai dan bersedia untuk
menjadi pasangan suami isteri.

"Bagi majlis yang sangat bermakna untuk
keluarga kami itu, saya serahkan segalanya
kepada rakan karib saya,
Datin Seri Faridah Hashim
(bekas isteri Datuk Seri Effendi Norwawi).
Manakala untuk rekaan pelamin saya gunakan
khidmat Datin Linda Rahim. Maklum sajalah
mereka lebih arif dalam soal kenduri kendara
dan saya pula terlalu sibuk dengan bermacam
program masakan.

"Baju nikah dan bersanding pun sudah ditempah.
Sebenarnya ada pihak yang ingin menaja
baju pengantin anak dan calon menantu
saya itu tapi saya telah menolaknya dengan baik.
Tak apalah, ini adalah perkahwinan anak saya
sendiri dan biarlah kita menguruskannya,"
kata Chef Wan yang memilih busana rekaan
Radzuwan Radziwill dan Ridz.Chef Wan
bagaimanapun berkata majlis itu lebih
bersifat kekeluargaan dan bukan majlis
persandingan untuk bergelar
Wedding of The Year sebagaimana yang
pernah dibuat oleh selebriti lain.
Sebelum ini dalam laporan media,
Chef Wan telah menetapkan wang hantaran
belanja untuk Serina sebanyak RM30,000.

"Kita hanya buat apa yang sesuai untuk keluarga,
sahabat handai serta mengundang pihak media.
Mungkin untuk sekitar 650 tetamu saja.
Yang penting, kita doakan saja agar semuanya
berjalan dengan lancar dan selamat nanti,"

26 August, 2009

18) POse2 TerBaik Dari HaiWan

SaLam semUa...

Sejak bulan pose nih aku
asik taruk gambor2 jer...hehehe..
Yelah untuk mengelak aku
dari berkata yg bukan2 di bulan pose nih...

Jadi korang layan jer la aku nih ekk...??
hehehe.. :P


- Apa pandang2...??? Nak gaduh ker??


- Anak penguin ckp
" Jangan kacau pameli i ok...!!"


- 3D pic kuda belang


- Sonata musim salju musim ke-4


- anak moyet
" Mama jgnlah marah adik..."
- ibu moyet
" Ko nakal sgt.. mcm maner mama xtampar ko tadi"


- Horaii...!!! hari ni gaji...!!!


- Anak rimau bintang
"Kanan ok!! kiri pun ok!! Depan ok jugak!!"
- Ibu rimau - Kejap2 mami plak nak skodeng...


- Blupp Blupp Bluup
" Sori kawan ekk.. Nafas i berbau la..
Gunalah.... Cool Mint Listerine mouthwash..!!


- Jauh lagi ker perjalanan aku ini....???


- Ingin ku gapai bintang dilangit.. tapi..
- Eh dah siang ker??
Patutlah bintang2 bertaburan....

Nota : :P

17) ImAn dAn aMaL maNer PilIhan anDa?

Salam seMua...hehehe..

Kali nih nak tanyer iman korang terhadap
benda2 kat bawah nih....hehehe....

Sajer2 jer... suka2.... hehe...


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




- Blueberry Crumble



- Prune Cake




- Double flavor Butter Cake




- New York Cherry Cheese Cake




- Green Tea Fresh Cream Cake



- Tobblerone Cheese Cake



- Carrot Cake



- Chocolate Souffle Cake

- Coconut Fresh Cream Cake



- Baby Boom Strawberry







AMARAN:
Dilarang Menjilat monitor.
Hahaha..........!!!!

25 August, 2009

16) Jom masak2 bulan pose..

SaLam Semua...

Jom cuba recepi nih...

IKAN BAKAR....!!!



Bahan2nya:

1 ekor ikan bersaiz besar,
dilumur sedikit garam dan asam jawa Bawang Besar,
dimayang Bawang Merah, dimayang Bawang Putih,
diketuk Halia, diketuk Serai, diketuk Lengkuas,
dimayang Cili kering, direndam dan dikisar dgn
sedikit air Santan Air Asam Jawa Garam &
Gula Merah secukup rasa

Cara2nya :

1. Tumis semua bawang, halia, serai dan lengkuas.
2. Bila hampir layu, masukkan cili kisar. Kacau seketika, masukkan air asam jawa. Masak sehingga likat dan maik minyak.
3. Perasakan dengan garam dan gula merah.
4. Masukkan sedikit santan dan masak sehingga santan meresap dan hilang warna putihnya.
5. Lapikkan dulang pembakar dengan aluminium foil atau daun pisang.
6. Lumurkan sambal ke atas ikan dan bakar dalam oven sehingga masak.

Sesekali lumurkan lagi sambal.
Dan xlengkap laa.. Klu x masukkan..

Air Asam Jawa. Air Asam Jawa
* Ramas segumpal asam jawa dengan air masak.
Buangkan biji2 dan kulit asam dan ambil airnya shj..
Mayangkan bawang besar, buah tomato dan hiriskan halus cilipadi.
Masukkan semua dlm air asam dan campurkan sedikit gula.

Siap... :P

15) Lawak2 Jer..

Salam seMua...

KISAH..... Beruang, Singa dan Babi bertemu di hutan...


Beruang : "Korang tau tak, sekali aku mengaum,
seluruh hutan menggigil."


Singa : "Ek eleh! Tak power lagi. Aku kalo mengaum,
semua belantara kegerunan."


Babi : "La.. Weh.... Aku plak batuk skali aje,
satu dunia panik beb...!!"

21 August, 2009

14) seLamAT bErPuaSa

SaLam semUa...

Kesempatan ini aku "amud - tHeoNeANdoNLy"
tetap jugak tu kan...!! hehehe..



Ingin mengucapkan....

"Selamat berpuasa kepada
kawan2 di luar sana..."

dengan ucapan....

" Selamat berpuasa dibulan Ramadhan
bulan yg penuh keberkatan ini..
& Semoga "kita"...
memperbanyakkan amal ibadah kita..
dan semoga amal ibadah kita itu..
di terima oleh allah s.w.t. hendaknya.. "

"AMIN...." :)


( Kuang kuang kuang...hehehe )
- Mamat nih dah blah kwn2...
- Jangan kita plak gantikan tempat dia yeaa...
- Yang menakutkan...
- Takut kita plak yg lebih teruk dr mamat atas tu...!!
- Tapi... saya percaya kwn2 baik2 semua kat luar sana... kan? kan? :)

Nota : Jangan lupa niat pose sebulan terus...!!
Maner lah tau kita terlajak pulak bagun sahur nati.. uwawa...
mcm kena kat aku jer.. uwaaa...!!!

SEdihnyer.... Ini adalah kali pertama aku berpose tanpa IBU tersayang.... :( :( :(

20 August, 2009

13) dUNIA ARtiS

SaLam seMua....

Tuan2 & Puan2.
Jangan terkejut sekarang aku dah jadi wartawan
sekarang nih...hehehe...

People don't call me amud tHEoNeANDoNLy..!
for nothing.....!! huhu.. mimi jawap.... hehe..

Aku juga ader selit2kan "kata2 hati" aku la..
itu dah semestinyer la kan... Tak kan nak baca jer..
Mestilah ader kata2 nasihat2 sikit..
itu dah stail aku la kan...

Kata amud tHEoNeANDoNLy..!!! hehehe...



Jadi inilah laporan yer..... hehe..

Kata Sofia, mereka memilih untuk bernikah
pada pertenghan Oktober dan diikuti dengan
majlis resepsi di sebuah hotel di ibu negara
pada 23 Oktober tahun ini.

Menurut pelakon berkulit putih gebu ini, mereka
memikirkan sudah sampai masanya untuk
mengakhiri hubungan berkenaaan dengan satu ikatan
yang sah setelah sekian lama bercinta. (Alhamdullilah)

Ingin mengorek dengan lebih mendalam tentang lelaki
yang bertakhta di hatinya itu, Sofia bagaimanapun
awal-awal lagi sudah memberi isyarat enggan
bercerita panjang-lebar tentang bakal suaminya.

"Saya tidak boleh beritahu nama penuh dia.
Apa yang saya boleh katakan, dia merupakan
lelaki kacukan Melayu, Jordan dan Arab, berusia 31 tahun
dan seorang usahawan," katanya yang mengenali
bakal suami sejak di alam persekolahan.

"Sebenarnya saya kenal dia sejak dari sekolah lagi.
Suatu hari dia menyambung pelajaran ke Australia
dan kami tidak bertemu lagi sejak saat itu.

"Dengan kuasa Tuhan, tahun 2007 kami terserempak
di Kuala Lumpur selepas dia tamat belajar.
Dari situlah kami mula menjalin percintaan.
Ia lebih mudah kerana masing-masing sudah
ada perasaan cinta dalam hati.

"Meneruskan cerita manisnya, Sofia memberitahu
pada penghujung tahun 2008, dia sendiri pergi
ke Amerika Syarikat untuk bercuti selama beberapa
bulan sambil mengintai peluang belajar dan bekerja
sementara di sana.Berada di negara Uncle Sam itu,
timbul perasaan untuk terus bermastautin di sana
dan tidak mahu pulang ke Malaysia pada waktu itu.
(Nak dok sana konon..
abis tuh ngaper dok dtg KL balik?
Ingat negara selain dari malaysia ni lagi aman
dan sentosa ker?)

"Bagaimanapun pada awal tahun 2009,
si dia suruh balik ke tanah air sambil melamar saya
untuk menjadi pasangan hidupnya.

"Saya terus menerima lamaran itu tanpa berfikir panjang.
Keluarga pihak lelaki datang merisik pada Mac lalu
dan seterusnya kami merancang bernikah terus
tujuh bulan kemudian.

"Kini saya sedang menanti
hari untuk bergelar isteri orang. Teruja dan gembira
rasanya dengan perubahan diri yang bakal berlaku
kira-kira dua bulan lagi. Memang tidak sabar untuk
bergelar isteri kepada orang yang kita sayangi dan
kemudian menjadi ibu," luah Sofia dalam nada kegirangan.
(Semoga diLindungi allah... AMIN)

18 August, 2009

12) Kak Yah

SaLam Semua...

Tadi aku ader ceritakan yg aku temankan kakak aku
pergi untuk berjumpa doktor pakar jantung di HUKM.
Setelah dia menjalani beberapa pemeriksaan
mereka berpendapat & membuat keputusan
kakak aku harus dibedah..

Aku pada masa itu.. aku x sanggup
melihat wajah kakak aku.. Dengan tenang
dia memberikan jawapan kepada doktor tersebut..

"Jika itu yg terbaik oleh pihak doktor saya ikut sahaja..."

Aku tahu kakak aku seorng yg tabah....
Dia di jangkakan akan menjalani pembedahan
dlm bulan puasa ini...



Aku berdoa semoga
selepas dia menjalani pembedahan ini..
( pd bulan puasa nati )
Dia akan sembuh seperti dahulu...

AMIN.......

11) JaGa keBersihan Yer kwN2

SaLam semUa...

Selsema 2009 - Wabak yg semakin membimbangkan
kita ini... Aku rasa kita semua patut ambil langkah
berjaga jaga dari sekarang.
Mengikut angka kematian dr Kem. Kesihatan M'sia
shj akibat wabak ini telah meningkat hari demi hari..

Hari tu.. aku temankan kakak aku pi jumpa doktor
pakar jantung kat HUKM. Kat ctu ramai sangat org
mendapatkan rawatan.. Rasa cuak plak aku rasa kat ctu...
Kesian melihatkan kesakitan mereka..
Rasa insaf & syukur kpd allah...
sbb berikan... aku kesihatan yg baik & sihat...
AMIn...


Gambarajah virus H1N1 dibawah.
Mungkinkah ia boleh dijadikan
senjata biologi moden?


Aku rasakan....

1. Wabak ini sudah melanda ke peringkat di perikat komuniti.
Ujian berkaitan penyakit sudah tidak dianggap
praktikal lagi. Kerana virus ini sudah berada di mana2 saja..

2. Kawalan penyakit berjangkit melepasi fasa pembendungan
dan harus memasuki fasa cegah penyebaran pula..

3. Panduan klinikal untuk rawatan penyakit
serupa influenza ini. Perlu diamalkan oleh
pekerja2 kesihatan dan perubatan.

4. Tanda2 penyakit ini, ialah apabila demam
dengan tiba2 dan melebihi 38C beserta
sakit kerongkong dan batuk tanpa bukti penyakit2 lain.
Pesakit2 yang menunjukan gejala seperti ini,
terutamanya yang berisiko tinggi perlu
mendapatkan rawatan dalam masa 48 jam.

5. Jika pesakit tidak mendapatkan rawatan awal
dan ada menunjukkan gejala2 seperti sesak nafas,
demam melebihi 39.5C, muka kemerahan,
bibir kebiruan, kaki dan tangan pucat,
batuk berdarah, muntah2 dan cirit birit
hendaklah dirujuk ke hospital dengan segera..!!!

Diantara mereka2 yang mempunyai risiko
mendapat komplikasi serius adalah:-

- Terlalu muda (bawah 5 tahun),
- Terlalu tua (lebih 80 tahun),
- Sedang mengandung terutamanya bila dekat nak bersalin,
- Obesiti (BMI lebih dari 30),
- Mengalami penyakit kronik seperti asma,
- Lemah jantung, kecing manis, AIDS,
- Mereka2 yg sedang mengambil ubat2an
seperti steroid atau anti-kanser

6. Amalan pencegahan hendaklah disebarkan
ke seluruh masyarakat termasuklah pengasingan,
memakai topeng, "adab batuk dan bersin",
kaedah membasuh tangan dan menjaga kebersihan diri.

Dan di dalam islam JUGA lah yg mula2..
mengajar kita tentang KEBERSIHAN.

7. Dan bagi orang2 yang beragama Islam...
"berwudhu" dengan sempurna setiap kali
sembahyang lima waktu iaitu beserta
membasuh rongga hidung,
sepatutnya boleh dieksploitasikan sebagai satu langkah
menjaga kebersihan diri untuk mencegah wabak ini...

SEBARKAN LAH WAHAI UMAT ISLAM.....
DEMI MENAIKKAN MARTABAT AGAMA ISLAM ITU SEDIRI...

14 August, 2009

10) JumAAt

SaLam semUa...


" Sesungguhnya yg lebih lama susahnya di dunia ialah yg lama gembiranya di akhirat dan
yg lebih lama kenyangnya di dunia akan lebih banyak laparnya di akhirat "
- (Riwayat ibnu Asakir)

" Tiga doa yg sangat mustajab - doa org yg berpuasa, doa org yg dizalimi dan doa org yg musafir"
- (Riwayat Ahmad, bukhari, Abu Daud & Tirmidzi)

" Mohon izin kpd tuhanku utk meminta keampunan bagi ibuku..
tetapi tidak diperkenankan-nya. Dan minta izin pula utk ziarah ke kuburnya,
lalu diizinkan-nya. Oleh itu, ziarahlah kamu kpd kubur,
Kerana ia memperingatkan kita kpd mati.. "
- (Sahih Muslim)

" Tiap org yg diberi oleh allah ilmu agama, lalu disembunyikan dan tidak disebarkan, maka allah akan mengendalikan mulutnya pada hari kiamat dgn kendali dari api neraka "
- (Riwayat Athabarani dr Ibnu Mas'ud)

9) Al Fatihah Untuk Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim

Salam seMua..


Arwah Ustaz Mohd Asri Ibrahim
yg telah meninggalkan kita utk selama lamanya..
Suatu kehilangan besar.. buat kita semua...

Dan yg pastinyer.. mengingatkan kita kpd kelunakkan
alunan suaranyer.. dlm lagu
PERGI TAK KEMBALI

Yang maner arwah telah...
menjalankan tanggungjawap, tugas & ibadahnyer..
untuk menyedarkan kita semua..
Tentang kelalaian kita selama ini...

"dengan cara arwah..."

Jesteru itu marilah kita sama2..
sedekahkan al fatihah ke atas arwah Ustaz Mohd Asri Ibrahim
dan.. mendoakan kesejahteraan keatas rohnyer..

AMIN... Al fatihah.

11 August, 2009

8) KoRang raSa2 saPer yg leBih coMel?

Geramnyer aku.....!!!!
Aper nak jadi dengan org kiter nih.....???!!!

09 August, 2009

7) HanTaRaN

SaLam seMua...

Ari tuh ader 2 org saudara nak kawin...
Dorg mintak tolong aku & is3 buatkan hantaran kawin utk mereka...
Nak ditolak... Kata saudara plak kan.. !!
Aduh.... mcm maner nih....
Emm.... buat jer lah.... :)



Tema BIRU + Gelas


Tema Purple = Sarang Burung

Inilah hantaranyer....

Ader saper2 nak oder?? hehehe.... :)

6) LePak2 kaT uMah

SaLam Semua....

Masa utk rehat2 di rumahku surga ku... hehehe..
Aku kesian kat is3 aku... asik masak jer..

Jadi hari ni aku kata kat dia...

" syg x yah masak la ari ni...
kita makan oder PIZA jer nak...?? " ;)

Jadi aper lagi.... Layan.... yummy...!!!


Dan kemudian.. kami pun cuba minum beberapa botol air
Marigold Peel Fresh yg aku beli utk buat..
"ujian rasa" ..!!! hehe..
Dan...
( Utk pengetahuan kawan2 yg nak cuba2
beli air ni nati...)
MANGGIS + EPAL ( Tidak ditambah gula ) :
- emmm... Rasa dia mcm air ubat jer is3 aku kata...hehe.
- ader betulnyer... pahit!! xder gula..hehe..
- Markah dari 10 --- 4 jer la...
CAMPURAN ANGGUR PUTIH + ALOE VERA :
- ALOE VERA...???
- Bayangkan korang makan cebisan2 aloe vera mentah2.. ekk..!!
- Nasib baik ader rasa masam2 anggur tuh.. klu x..?? eekk
- Markah dari 10 --- 3 jer la...

EPAL :
- Biasa jer la kot..!!
- Macam rasa epal la...hehe..
- Markah dari 10 --- 5 jer la...
MANGGA TROPIKAL :
- Pehh...!!! sedappp....!!
- Markah dari 10 --- 7

OREN :
- Ni memang pilihan aku dr dulu lagik...!!
- Dengan cebisan2 isi buah oren tu yg best tuh...!!
- Markah dari 10 --- 9
Dan akhir sekali kami makan....
Pehh... Memang best...!!!
Memang romantik sekali aksi2 kami suap menyuap coklat nih...hehe :P
Maaf aksi2 tersebut xdapat dirakamkan..
Utk menjaga keselamatan sesetengah pihak... hik3... ; P