28 February, 2009

12) MaksuD kaWaN

SALAM.... HEHE..

Lama kita xberbicara kan..?? hehe.. Mesti korg tertunggu tunggu entry aku kali ni...
Ni aku nak citer tentang beberapa maksud "KAWAN" d dlm fahaman aku ler.. .hehehe..
Untuk tujuan kiter berfikir sejenak pasal menghagai KAWAN2 kiter...

Inilah dia... :

1) kawan tu bkn mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar.. dah dapat sepak..

2) kawan tu bkn mcm maen SKATE. Mula-mula sayang.. lepas tu pijak..

3) kawan tu bkn mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..

5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6) kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde.. hujan gerimis baru muncul..

7) kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..

9) kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.

10) lagi.....kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA.. bila aku entry blog, awak akan baca blog aku dgn teliti sampai habissss.... HEHEHE... 10QQQ......!!!!


p/s: Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting.
Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya.
Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang
apajua.. perkara.
Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan2nya.. :)

23 February, 2009

11) DoN't SLeeP wITH......

1) DON'T SLEEP WITH WATCH -

Watches can emit a certain level of radioactivity. Though small, but if you wear your watch to bed for a long time, it might have adverse effects on your health.

2) DON'T SLEEP WITH BRA -

Scientists in America have discovered those that wear bras for more than 12 hours have a higher risk of getting breast cancer. So go to bed without it.

3) DON'T SLEEP WITH PHONE -

Putting the phone beside your bed or anywhere near you is not encouraged. Though some of us will use phones as alarm clocks, but please put the phone as far as possible. Scientists have proved that electrical items including mobile phone and television sets emit magnetic waves when used. These waves can cause disruptions to our nervous system. Therefore if you need to put your mobile phone near you, switch it off first.

4) DON'T SLEEP WITH MAKE UP -

People who sleep with make up might have skin problems in the long run. Sleeping with make up will cause the skin to have difficulty in breathing and problem in perspiring. You will also need a much longer time to go into deep sleep. Lastly.....

5) DON'T SLEEP WITH OTHERS' WIFE / HUSBAND -

You may never wake up again.......

21 February, 2009

10) kAk yAH masuk wAD

SaLam SEmua..

Pada hari ni kak aku (SAPIAH BINTI HJ HUSSIN) telah di tahan wad di HUKM Cheras, kerana tekanan darah tinggi & jantung..

Mungkin sbb ahli keluarga ku memang ada sejarah darah tinggi...
dan ditambah pulak... kakak aku ni ada sejarah jantung yg xberapa sihat.

dia pulak aktive bersukan... pingpong, bowling, badminton.
dah tu dia suka beriadah dgn keluarga, bercuti sana sini.. di port dickson la.. cameron higlands la.. melaka la.. seremban la.. mcm2 lagi lah..!! yg terbaru dengar dia nak pi pulau2 plak..

eemm.. itu la dia kakak aku yg aku sayangi...

Harap2 dia cepat sembuh... - AMIN -




( budak kecik tu anak kakak aku.. ingat lagi x yg kene kejar dek anjing dlm blog aku yg lepas d cameron)

( ospital ker... sudut membaca encik uddin?)

Lepas tu... sementara tunggu sedara mara yg lain dtg...
Aku, uddin, aja, nadia n nazirah pi kuar jln2 cari makanan kat cafe.



Kami pekena Yong Tau Foo... boleh lah... sedap jugak... kuih putu mayam, vadeyy... aamakk..!!
ngan air oren.. Kami pun makan dgn rebut2 dan... dengan rakusnyer!! hahaha..



Dah lama jugak kami xborak sama2 cam gini... mcm2 TOPIK yg kami kupass!!
dari bab RM yg di kelaukan beli yong tau foo ni sampai ler ker bab BOLA!!
ops! bola?? siapa yg timbulkan topik ni...?? rahsiaaaa......!!! hehehe....
(mesti org tu tengah baca blog ni skrg...) hehehe.... dgn pertanyaan : bila nak keluarkan blog HBA n kasut?? hehehe....

9) appy bedaY asraFF...( 21-02-1996 )

aPPy beDAY asRAFF....!!! yang ker- 13 tahun...!!



*Ingat lagi x kat budak ni..?
budak yg menghagatkan suasana percutian kami di cameron dulu..hehehe...

- tentang budak ni... yg aku kenali.... -

- dia ni anak sulung drpd abg aku.
- Nama penuh dia.. AHMAD ASRAFF BIN AHMAD ASHAIDI. (klu xsilap ler..hehehe)
- kami memangil dia dgn pangilan manja "acap" shj.. hehe..
- dlm perhatian aku dia ni suka main game playstation kat umah dia..
xkisah benda2 lain yg belaku di sekeliling dia..
- seingat aku.. masa dia umur 3 thn dia dah boleh download game kat pc ayah dia..
"mcm ni la pcik.. biar acap download kan utk pcik. lepas ni pcik leh main game ni.."
ayat dia yg masih segar dlm ingatan aku pd masa tu.. yg buta it nii... uwaaa..!!
- mungkin disebakan itu dia.. aku lihat cerdik.
- setahu aku...pelajaran dia d sekolah bagus!
- dia harapan besar dlm keluarga dia...


so to Asraff.... ALL THE BEST...!!!! :)

19 February, 2009

8) UWaaaa....!!!

Hari ni is3 aku dah balik... yea yea..!! tp...... dia bagi tau.. yg sekolah dia arahkan dia pi kursus di Pord Dickson plak! sehingga hari JUmaat (20/02/2008) ! kesian dia.... x abis lagi penat balik dr genting dah kene pi PD plak... sian dia. emm... (kesian dia ker... kesian kat aku?)




xpuas melepaskan rindu.... :(


disebabkan syg aku hantar dia ke pd.. sampai ke hotel dan bilik tidurnyer utk pastikan dia selamat.

masa nak balik aku terasa berat sgt... emm.. sekian. wasalam.. :(

16 February, 2009

7) kU meRiNdUi NYer...


Salam.. semua...

aku kesorgan mulai dr hari ini (16/2) hingga hari rabu (18/2). Hari2 ku xseceria hari2 biasa... aku mulai rindu ketawa nyer, sedihnyer, keiklasan nyer.. , masakkan nyer... dan yg paling aku rindu kebaikan nyer... dlm melayan kerenah ku sebagai sorg suami...

Is3 ku tercinta (aini hamid) aku rindu pd mu.... dia pi krusus di genting..


( eni dlm bas maktab p'guruan odw ke genting )
- sempat lagi mms pd aku sebelum bertolak.



( masa taklimat pun sempat lagi posing utk aku di cni..

I MISS U SAYANG....

13 February, 2009

6) bIODATA rASuLLULLaH S.A.W

Elok juga utk print and lekatkan notice board kat umah utk anak2 & kita sendiri utk sentiasa refreshkan ingatan kita utk lebih mengenali semulia2 insan yang TIADA TANDINGAN. ALLAHU AKBAR.......!! ."MAULID AL-RASUL SAW"

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta".

Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan RasulullahSAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.
Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St.. Valentino' (Valentine DAY) KONONYER... daripada mengingati Rasulullah SAW, dan kadang2
lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.

Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT?
Justeru itu... saya berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW BIODATA RASULULLAH SAW :-

Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M
(dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahahyang menyerang kota Ka'abah)

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

Nama bapa : 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu : Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman.Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebihdikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia diAl-Abwa'
(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)

Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa RasulullahSAW)
dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, ( Abu Talib )

USIA 9 TAHUN

(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernamaBahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahirpada masa itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar.
Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'.
Perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali-kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah, (lelaki suruhan Khadijah.)

Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.

Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.

Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad'ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin,
12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

Khadijah Binti Khuwailid
Saudah Binti Zam'ah
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
Zainab Binti Jahsy § Maimunah Binti Harith
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi
(anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN
SAUDARA SUSUAN

1.. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
3.. Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair 4. Hamzah ***
5. Al-'Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya 'Abdul 'Uzza) 8. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah 12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. 'Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam)


*** *** Sempat masuk Islam.
## Ulama' berselisih pendapat tentang Islamnya.


p/s : sama2 ler kita LEBIH menghayati & mencintai banginda...


------------------ AMIN ------------------------------------------

12 February, 2009

5) TaG

-IF SOMEONE SAYS "IS THIS OKAY" YOU SAY?
(siti nurhaliza - ku mahu)
-Nak jugak!! xkira nak jugak benda tu!! peragai aku yg degil kot.

-WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
(celine dion - when i fall in love)
- dah jatuh cinta pun dengan dia.. is3 ku tercinta!!

-WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
(apek+yassin) - sepiring + sepinggan)
- lagu lawak apek senario yg merosakkan lagu asal "seiring & sejln." kehidupan aku yg mkn sepinggan jer ker?

-WHAT IS YOUR MOTTO?
(alleycats - hingga akhir nati)
- ayooo!!

-FRIENDS THINK OF YOU?
(Janefer lopez - if u had my love )
- yes! u should have...!! hehe...

-WHAT DO YOU THINK OF YOUR PARENTS?
(mamat exist - ku pohon restu ayah bonda)
- ekk! masuk tu... ( ini semua dsaksi kan oleh is3ku tcinta okayy!!)

-WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
(ringtone - doraemon)
- hehehe...

-WHAT IS 2+2?
(sheila majid+azlina aziz+liza aziz = bersatu hati)
- baru 3 org artis, lagi sorg sape? aku kot?? hehe..

-WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
(timbaland - wayi are)
- lagu rancak okay lah tuh..

-WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?
(pakito - living on philosophy)
-boleh la..lagu disco tec. hehe..

-WHAT IS YOUR LIFE STORY?
(westlife - i lay my love on u )
- always & porever!! my love wife!! hehe..

-WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
(celine dion + peabo bryson - beauty & the beast )
- aku ker the beast tuh?? uwaaa!!!

-WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
(siti nurhaliza - dlm tmn syahdu)
- oh coz....!! dln syurga.. hehe...

-WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
(siti nurhaliza - kudus sinarmu)
- aduh! dessummm!!

-WHAT SONG WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
(fast & firious - fast & firious )
-sape nak jawap?? lagu rap tu...!! hehe..

-WHAT SONG WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
(exists - seperti dulu)
-aduh sdih nyer lagu ni.. takut aku melompat keluar plak dr bawah..

-WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
(ella - tinggal tanda tanya)
- entah ler.. karok kot atau karok kot.. ehh xler karok la.. pening???

-WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
(siti nurhaliza - balqis)
- hehehehe....

-WHAT'S THE WORST THING THAT COULD HAPPEN?
(usher feat young jeezy - in this club)
- byk yg terjadi masa aku kat dlm tuh.. hehehe...

-HOW WILL YOU DIE?
(dewa - dewi)
- lagu indon ni seram plak bila aku dengar2 kan masa ni...

-THING YOU REGRET?
(feminin - cinta abadi)
- hehehe ada lagi ker kumpalan ni skrg...??

-WHAT MAKES YOU LAUGH?
(michael buble - sway)
- lagu romentis ni buat aku nak gelak?? boleh ke lagu ni buat aku gelak??

-WHAT MAKES YOU CRY?
(gwen stefani - the sweet escape)
- lagu cam gini memeng boleh buat aku nagis!! uwaaa..!!

-WILL YOU EVER GET MARRIED?
(mawi - angan & sedar)
- yakk!! :(

-WHAT SCARES YOU THE MOST?
( alicia keys + dj jimmy- no one)
- tau xper.. x ada apa2... only allah aku takut ok... :)

-DOES ANYONE LIKE YOU?
(mariah carey - always be my baby)
- kebetulan plak!! syg mariah!! hehe....

-IF YOU COULD GO BACK IN TIME, WHAT WOULD YOU CHANGE?
(mariah carey - my all)
- ops!! lagi.... maklumlah lagu ni mariah paling banyak dlm list aku..!! hehe.

-WHAT HURTS RIGHT NOW?
(rihanna - don't stop the music )
- yah.. yah.. that's right!! hehehe.. it's hurt me...!!

-WHAT WILL YOU POST THIS AS?
(amy, jamal,saleem, zamani - isabella 98)
- ramainyer.... hehehe....



p/s : di saksikan is3 tercinta... aku buat benda ni k.... (ikhlas & jujur) inilah hasilnyer...
pd kwn2 yg nak try.. 1) pi kat winamp anda & pilih list lagu anda secara random ok...!!
selamat mencuba!! saje appy jer ok...hehehe....

4) bULaN keLaHiRan aNDa

Kasih sayang mengikut bulan lahir

---------------------- Januari

- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

---------------------- Februari

- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

------------------------- Mac

- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

-------------------------- April

- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

-------------------------- Mei

- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.

--------------------------- Jun

- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.

----------------------------- Julai

- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.

----------------------------- Ogos

- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.

-------------------------- September

- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.

---------------------------- Oktober

- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada
melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu. - Romantik
- Memahami pasangan.

----------------------------- November

- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

------------------------------ Disember

- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.


p/s : aku suka artikel nih.. sbb tu aku nak kongsi dgn korg semua!
korg dlm kategori yg maner?hehe... ;)

10 February, 2009

3) aPa yG iStiMeWaNyer aRi Ni??

SALAM SEMUA...!!! jumpa lagi...hAhA..

emm pagi ni.. aku bangun dari tidur mcm biasa... pukul 6.00 pagi... Is3 tercinta memberi kucupan pagi yg istimewa pd hari ni... emm lain dr yg lain? kenapa ek?? selepas solat subuh, aku dengan bersemangat waja dan sesegar mandian pagi pun... keluar ler ke halaman rumah.

Ku lihat bulan purnama seawal 6.30 pagi!


Petanda bahawa hari nii.. lain dr yg lain....?
emm... Mesti cuaca baik hari ni ka?
(sambil melihat keindahan ciptaan allah) renung2kan2 lah...!! hehe..

Selepas tu aku dgn bersemangat nyer! pi ler siram pokok2 bunga yg ditanam oleh is3 yg tercinta.. di halaman rumahku ini.. seawal 6.30pagi!! hebat kan? hehe.. yelah tumbuh tumbuhan jugak inginkan belaian di waktu pagi..betul x? hehe.

Lepas tu aku masuk ke dlm rumah... terus aku amek pic Is3 ku tersyg... (aini hamid) hehe..


Dia pun heran aku amek pic dia seawal pagi begini..hehe.
aku cuma kata.. ni utk blog nati..hehe. emm xkisah abg katanyer..hehe.
Dia dah kenal sgt suami dia ni yg kaki suka amek gambor..hehe.



Lepas tu... aku terus amek gambo kete aku ni...hehe.
(Nampak kesan2 siraman pokok2 bunga tu..??) hehe..


Aku terpikir sejenak....


Apa yg aku inginkan pada hari ini, hari esok, minggu ini, bulan ini, dan tahun ini...?? saban tahun aku berazam utk memiliki sesuatu ddlm hidup ini...


Contohnyer, aku akan meletakkan target dlm hidup ini.. Aku akan pasang niat..
"Tahun ni aku nak memiliki RUMAH". so.. aku telah pun membeli sebuah rumah!. Setelah beberapa tahun aku membuat penyimpanan.

Aku berazam ingin menjaga IBU ku yg uzur, di rumah ku sdiri... (setelah ketiadaan ayah tercinta sejak 21 tahun lalu). alhamdullilah ibu ku telah tinggal bersama2 ku skrg...


Selepas tu aku target nak dptkan lesen kereta. Pap!! dah dapat semua tu...


Lepas tu aku buat keputusan yg MAHA hebat dlm hidup aku... aku nak KAWIN... pap!! dah pun 1 tahun aku berkawin..


(alhamdullilah) semuanyer berjln dgn lancar dan aku bersyukur kpd allah.... Dengan semua pemberiannyer...


Mcm inilah juga di tahun2 yg sudah... setiap tahun aku berazam utk jadi yg terbaik, jadi anak yg baik, jadi insan soleh, jadi suami yg bertanggung jawap dan sebagainyer...


tp... aku hanyalah hamba allah yg lemah.... tp aku tetap cuba & berusaha!!


di tahun ini pula aku berdoa... agar aku di kurniakan cahayamata dlm kehidupan aku dan is3 aku.. itu adalah target aku tahun ini... sedih la plak.. :(


(Kata2 is3 ku pada ku suatu ketika dulu...)
"Mungkin allah ada sebab kenapa kita belom dikurniakan cahayamata buat masa ini.. Mungkin ingin memberi peluang, masa utk kita bermesra & berkasih sayang (honeymoon) agaknyer.."huhu..

emm.... mungkin ada benarnyer kata2 is3 ku itu... atau kata2nyer itu sekadar hanya utk mengubat hati ku yg lara... Setelah mendengar kata2 itu... skrg aku xkisah lagi..!!


asalkan aku mempunyai 2 wanita yg aku syg ini.. itu sudah mencukupi pada diri ku skrg..!!



apa yg mampu aku lakukan hanyalah... berdoa! & berusaha lagi...!! dan lagi...!!! dan lagi...!!!
yg lain.... aku berserah pada yg esa (allah).
-AMIN-


Rupa2yer.. hari yg istimewa ini.............. adalah hari JaDi Ku yg ke-35.

emm eehh..? apa akan jadi pd aku & apa.... yg aku ada pada usia aku 40 tahun nati???
(aku suka berfikir benda2 mcm gini)




p/s :- KORG ADA TERPIKIR X MACAM TU...??
(sediakan payung sebelom hujan tau kwn2....)


-AKU BERDOA AGAR SEMUA YG AKU INGINKAN DIMAKBULKAN OLEH ALLAH-




------- AMIN -------

09 February, 2009

2) badMinTon + kaRok jaMBan = fuTSaL??

SALAM SEMUA...!! HEHE.....



smlm aku, wife , aja , kak yah , uddin , kak nora n pameli pi la main badminton di futsal dekat area umah aku... Pehh!! penat & yg best yer.. lepas tu aku pi karok jamban yg ada kat tempat yg sama... emmm? dengar berpeluh2 lepas main badminton aku terus pi karok! hebat x? dengar penat & semput.. sempat lagi karok!! dah kata memeng GILER karok!! hehe... KESIAN CILA n KAK NA aka "Marlina" xder... uawaaa!!!

so yg best nyer kali ni... kat cini ler.. aku leh menyaksikan kehandalan beberapa AH Li keluarga aku sdiri yg teror2 gaks main babminton ni... emm antaranyer dlm list aku.. seperti abg aku aka"Pak Lang", abg adi aka "Pak Tam" & chu aka "uddin"... dah tentulah aku sdiri...!! kuang2..hehe... tak kuarang juga dengan kaum wanita nyer.. hebat2 berlaka!! hehe....

( aja yg hebat! - fu yoo!! libasan maut ) ( kumpulan sehati berdangsar tahun depan ) hehe..
(mak yah ckp - aja aper ni? nampak reket ni x? ) hehehe.....
(aja bisik dlm ati sambil mulut ditutup rapat2) - aku akan pastikan aku berjaya kali nih!
(aja bisik dlm ati - apa nak buat ni? nak pukul ke x?)

(aja bisik dlm ati - ala jatuh plak.. abis la aku kali nih.. kene bahan ngan musuh ketat aku ni..)
hehe...

dan.... xkurang juga yg xberapa... ops terlebih sudah!! ala... org putih kata aper tuh? so so jer..hehe... jgn mare!...hehe.. cube d tahun hadapan k...hehe..
nak di jadikan bukti... emm ni ler hasil nyer... taraaaa!!! serammm.....hehe... jumpa lagi... takut lari...!!! hehehe....

04 February, 2009

1) peRisTiwa caMeRon highLANds



salam semua..!! :)

AKU baru jer balik dr cameron highlands!!
Emm... nak tau aper cerita aku kat sana..!! haha...

MERIAH...!! SERONOK...!! dan....
ada KEJADIAN2 yg MENARIK, SEDIH & serta KELAKOR berlaku kat sana.... nak tau apa dia...?? hehe.. nati.... lepas ni aku cerita k..hehe...

TP.... sebelom tu aku nak cerita yg "Xmenarik" nyer dulu di cameron highlands : -

(yg xbest yerr... sebelum & selepas pi CH ni kita terpaksa menempuhi........!!!

1). Jalan berpusing2

2). bengkang bengkok... so jadi...........
- kepada sesiapa yg berminat nak pi sana... AMARAN!! yer.... kpd
(yg kaki2 MUNTAH!! hehe.. sila bawa beg plastik bersama anda.. dan yg penting jgn dekati mereka2 ini..... di takuti anda juga akan terjebak bila dorng ni mula muntah..... uweekk!!!

3) yg terakhir dan yg terpaksa dan xbestnyer adalah......!!!!


(nampak mcm biasa jer air ni kan...?? tapiii... ia adalah... PEMBUNUH UTAMA di Cameron Highlands!!)

airnyer SE SE SE SE SEJUKKKKKKK...........
(sambil mengigil gigil menahan sejuk!!) hehe..

k la sekrg nak citer aku dok dimaner kat sana....

- perkampungan org asli !!!! - emm menarik ker? HEHE...
kat cini la kami akan tinggal.... perkampungan org asli.. tempatyer bersebelah dgn strawberi park & rumah persekutuan ( utk org gov) dan YG PENTING pemandanganyer segar.
Manakala penduduknyer... selamber jer bjalan pagi2 hari, tampa rasa sejuk! pakai tshirt jer..
Wpun berkabus! dan yg menakjupkan sekali bagi aku... kaum wanitanyer.
Pagi2 lagi dah membasuh baju di sungai berhampiran rumah kami...!! (6.30 pagi tuh!!)
peliknyer xsejuk ker dorang ni....?? (dah biasa kot) lepas tu terus jemur baju di ampaian mereka.. Mungkin, dorg ni takut baju drorg xkering kot... sbb tu jemur baju dlm pukul 7.00 pagi lagi...!! al-maklumlah... ---- cuaca sejuk kann...

----- oklah----------------- (kami bertolak dari KL pukul 4.30 ptg)


(kami sampai di Brinchang - cameron highland pukul 9 mlm)


( suasana PAGI di cameron highland )
- sejuk, nyaman, dingin, segar dan sewaktu denganyer lah...) hehe...


( lihatlah KEMERIAHAN swaktu sarapan pagi di cameron highland.... )
- saat2 yg ditunggu2 di dlm setiap percutian... MAKAN TIME!! hehe....


<<<<<( tukang masak import -> ashraff )

( ibu tersayang - SARIAH SALLEH - di dlm berpagai gaya bergambar dlm
- merehatkan mindanyer ) MUAH....!!

wah!! jgn salah paham... rokok tu c uddin yg punyer!! hehe...)



( Haikal+ Ahsraff = kejadian yg x di ingini....) :(
- pic ini di ambil sebelum kejadian tersebut - mereka kene kejar dek anjing!!. kesian lintang pukang c ashraff lari... yg menjadi mangsa dlm kejadian kejar mengejar ini..... ialah Haikal!
- kene lagar lari oleh c asraff masa dia lari lintang pukang tuh.... luka sana sini si haikal. kesian dia... (bawak dia kat cini!!) hehe... yg selamatkan mereka dr di belasah teruk oleh anjing adalah HERO di atas!! hehe....

(on the way nak pi berjln2 di cameron highlands)
- masa2 pecutian sebeginilah anda akan melihat berbagai ragam org bergambor, posing sana posing sini.... xkurang juga kejadian2 yg pelik & x di ingini, terjumpa secara xsengaja benda2 yg harus anda pelajari.... xkurang juga papan2 tanda amaran berhampiran dgn anda pd masa itu....hehe. Tp..... itulah yg menjadikan percutian anda MAHA HEBAT!!... :)
- amboi appy nampak pcik mud? ladang tek pcik mud ker?

- (mari mari amoi.!! strawberi 2 kotak 10 ringiit saja maa...!!)
- kami hanya mau bgambar kat kedai antie nii saje maa! jgn mara aaa...hehe...

- (is3 tersyg - AINI HAMID - klu berposing emmm.. (sambil mengeling2 kepala)
yg jadi mangsa suami dia ler..) hehe... :)


( pi cameron highlands xsah.. klu xmkn aiscrem strawberi ni..!) hehe.... yummy!!

( pose jgn xposing adik2 semua! hehe.... )

(terjumpa plak benda2 yg macam gini....) hehe..
pd sape2 yg nak pi ladang teh utk tujuan bergambar
- amaran jgn buang air di pokok teh ini haaa!! -

( Menimba ilmu - secara tidak sengaja )



(xkurang juga melihat gelagat org berposing sakan bila bergambar! hehe.. jgn mare...hehe..)



( abg zul - minum aiscream ) amboi! begitu sekali....

( tengok kak yah, beria2 & berusaha utk menunjukkan betapa sedapnyer aiscream strawberi tuh..hehe) - selepas jer amek pic ni.. ada kejadian yg xdi ingini berlaku...
(kak nora tlanggar kerete org masa dia nak undur) org tuh rembat rm70 = plat kete + bumper dia pecah. :( nasib baik keta kak nora xteruk.

ambulans pun jadi lah...hehe)


sempat lagi tuh posing...
(amek pic + alam sekitar = mcm menarik jer kan.. hehe)

- on the way balik KL. singgah jap kat...
( air terjun Latar Iskandar caMeRon highLANds )
- sempat lagi tu.. wpun muka aku nampak mcm tension. :(
- menahan nak muntah, dek kerana jln berbengkang bengkok di caMeRon highLANds )
tension!


- kami nak alik KL dah... dlm 5 petang.............
( angin + air = sape angin & sapa air? ) hehe...


(Hajar amek gambor aku------ aku plak amek gambor dia dlm kete) . hehe.....yg lawaknyer!!
...lepas tuh kami bluetooth dgn hp... hehe.. sempat lagi tu..... kat patrol pam pun jadi....)

bebye semua.......!!! hehe...

- SELAMAT SAMPAI DI RUMAH- hehe..... - TAMAT - :)